KENGKAWAN

Monday, October 15, 2012

Hairline fracture

On MC for 4 days starting today.

Haih. Selalu dapat cuti yang tak dijangka dan tak best.

Semalam playing with Ariff & Amarr. Biasalah, boys kan memang ganas sikit (even derang kecik lagi). Memang derang punya nature untuk kasar & ganas walau pun dalam keadaan bergurau. Aku je yang tak kuat kot.

Tengah leka bergurau, tetiba kapal terbang mainan yang Ariff pegang jatuh tepat atas kaki aku. Kapal terbang plastik je pun. Tapi besar lah. 

Sakit dia Tuhan je yang tau. Terjerit & terduduk aku kat situ. Ariff cuak tengok aku sakit.

Ariff: Sorry mummy...
Aku: Its ok sayang. Mummy ok. Sikit je (aku cuba fake kan senyum. Tahan air mata dari keluar)
Ariff: Mummy sakit? 
Aku: Tak lah, mummy ok. See, dah ok. Mummy can walk. Dont worry ok.

Kesian my little Ariff. Sangat takut tengok aku sakit. Kalau aku menangis tadi sure dia pun ikut nangis sama.. haha. 

Memang sakit gila masa kena tu tau. Berdenyut tapi aku ingat tak lah teruk sangat. So, aku continue buat keje rumah macam biasa. Mengemas, masak, membasuh segala.

Habis semua keje, aku layan baca novel atas sofa. Ariff & Amarr leka layan basikal dalam rumah. Mamoru pulak tengok movie kat desktop pc.

Tengah rehat-rehat tu aku rasa kaki aku makin sakit. Cakap kat Mamoru pasal kaki. Dia ajak pegi klinik. Aku refused memula tu. Bajet takde lah teruk tapi setengah jam lepas tu kaki bertambah sakit. Rasa nak pengsan, rasa nak muntah, sakit gila ok. Nak bergerak pun tak boleh. 

Mamoru dukung aku bawak ke kereta. Suruh adik lelaki aku jaga Ariff & Amarr (nasib baik adik aku ada kat rumah). 

Kak klinik, doktor tak berani nak cek lelebih. Dia takut ada fracture sebab aku langsung tak boleh gerakkan kaki. Nak buat x-tray kena tunggu esoknya (hari Isnin). Mamoru minta surat refer ke hospital. Tak sanggup nak tunggu esok. 

Haih. Rasanya, baru 3 bulan lepas aku kena warded kat Hospital Pantai, Bangsar. Jangan la kena warded lagi. 

Kat hospital, aku tak boleh tahan sakit dah. Lambat jugak doktor bagi painkiller. Mungkin sebab aku punya alergik towards certain painkiller. So, kena cari yang bebtul sesuai untuk aku. Lepas makan ubat, baru lega sikit.

Masa derang bawak aku pegi x-tray kaki. Air mata aku start nak mengalir. Maybe sebab sakit. Maybe sebab malu staff lelaki yang tolong angkat aku. Menggigil aku kat atas katil x-tray tu. Ntahapehape. 

Lepas x-tray, derang tolak wheelchair ke emergency unit. Aku request tanak baring atas katil. Aku nak duduk je dalam wheelchair. Tak suka lah nak gerak bebanyak. Sakit.

Dalam setengah jam pastu, result keluar. Kata doktor, aku ada hairline fracture. Tak teruk. Cuma amik masa sikit untuk kesan retak tu bercantum semula. Retak pun tak besar. Just lebar sehelai rambut. Thats why dia panggil hairline fracture.

Alhamdullilah. Tak perlu warded. Boleh balik... Legaaa.

Lepas balut kaki dan amik ubat segala, kami balik. Mamoru dukung lagi sampai dalam rumah. 


***********************

Mamoru dah balik Melaka subuh tadi. Kesian dia packing dan gosok baju sendiri. 

Haih. Bosan pulak aku duduk rumah sensorang. Ariff & Amarr, adik aku dah hantar ke rumah babysitter.

Nak call Mamoru lah. Suruh dia balik KL malam ni. Nak suruh dia bawak aku & the kids balik Melaka. Spend cuti MC kat sana.

Kat bahagian nilah tulang aku retak

 

1 comment:

atty's said...

takecare ad ,jgn byk begerak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...