KENGKAWAN

Wednesday, October 24, 2012

Realiti oh realiti

Tak suka lah bila orang yang tau umur aku pastu panggil aku as
"Kakak". Terasa tua pulak.. haha. Tapi, realiti oh realiti. Thats the
fact, I am getting old. Rasanya, aku dah kena start biasakan diri
dengan panggilan "Kakak". Guess, when I'm turning 40++ nanti aku kena
biasakan diri dengan panggilan "Makcik pulak.. *oh, dem*.. hahahaha
(gelak nervous)

But thats ok. Itu hanya berlaku bila orang tau umur aku. Mereka yang
tatau still ingat aku budak sekolah lagik.. *yess*...

Semalam, turun dari LRT aku amik cab kat Cheras macam biasa. Pakcik
cab tu terlebih ramah pulak. Dalam berborak-borak tu dia tanya tentang
rumah yang aku duduk sekarang ni:

Pakcik cab: Berapa kamu bayar sewa rumah sebulan?
Aku: RM800
Pakcik cab: Boleh tahan ya. Berapa ramai duduk kat rumah tu?
Aku: 4 orang
Pakcik cab: Ooo.. sebulan sorang RM200 la ya?
Aku: (blur sotong jap) Tak lah pakcik. Saya duduk dengan suami dengan
anak-anak je.
Pakcik cab: (toleh belakang tengok aku atas bawah) Laaa.. pakcik ingat
kamu baru abis sekolah.

Hinss.. hinss.. *kembanggg dua tiga mangkuk*

Lusa sambut AidilAdha.

Esok aku cuti.

Nak borong barang dapur.
Nak masak rendang & nasi impit sesiap.
Nak masak kek Pecan Butterscootch.
Nak packing baju balik kampung Mamoru.

Selamat hari raya kengkawan bloggers dan uols yang sudi baca hasil
rapuan aku kat sini.

p/s: Jarang online minggu ni sebab Unifi problem dah seminggu. Esok
technician Unifi janji nak datang cek kat umah. So, thats why. Nih
online guna henfon je. Itupun just glance thru memana penting. Nak
mengupdate selalu agak payah ler. Halus bebenor skrin nya.

1 comment:

LiNda said...

haha..untungla akk kan kecik, memang nmpak comel. Ade pae dgn umur, yg penting sihat tubuh badan kan kak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...