KENGKAWAN

Monday, December 10, 2012

Airmata darah

Hampir terjerit aku panggil nurse bila Amarr menangis keluar air mata darah.

Takut sangat.

Baru sekejap tadi Dr Azam datang cek Amarr. Dia cakap jangan risau. Blood test Amarr clear. Amarr should be ok sebab treatment dah start.

Aku search online tentang condition Amarr. Jumpa macam-macam disease yang buat aku lebih takut. Minta dijauhkan ya Tuhan.

Amarr sampai sekarang tak nak berenggang dengan aku. Tidur pun nak tidur atas badan aku. Kesian Amarr.

Semoga cepat sembuh sayang. Mummy sayang Amarr sangat-sangat.

1 comment:

ronna said...

assalamualaikum...

semoga Amarr cepat sembuh dan sihat seperti sediakala... ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...