KENGKAWAN

Monday, December 10, 2012

Amarr admitted

Semalam bawak Amarr pergi klinik. Dah agak sure Dr Nadzri refer Amarr ke hospital.

Demam Amarr dah genap seminggu tak baik walaupun dah makan ubat dan antibiotik.

Dan malam tadi, kami berempat berkampung di hospital. Mamoru tidur sekatil dengan Ariff, aku tumpang tidur dalam babycot Amarr. Mujur badan ni kecik. Muat pun. Selesa pulak tu.

Subuh tadi Mamoru bawa Ariff balik. Hantar ke babysitter. Pastu dia terus ke ofis.

Amarr tengah tidur lagi ni. Nak kejut mandikan dia rasa tak sampai hati pulak. Nih first night dia tidur lena sepanjang 7 hari lepas. Haih. Kesian anak mummy.

1 comment:

mrs puex said...

get well soon dear amarr..to mummy, plis be strong for ur kids ok..

tekke..(lame x jumpe mmberku yg sorang ni..huuhu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...