Friday, December 07, 2012

Bila anak menangis

Finally, datang juga Jumaat.

Minggu yang sangat stress. Minggu zombie.

Rabu aritu bawa Ariff jumpa pakar ENT kat Hospital Pantai Bangsar. Patutlah selsema dia dah sebulan tak sembuh. Aku pelik juga. Dah plan nak jumpa doktor kalau tak flu dia tak berhenti juga.

Tapi, kebetulan last week aku tergerak nak cek hidung dia bebetul. Aku perasaan macam ada something. Tak nampak sangat lah. Bawak pegi klinik. Doktor suruh refer pakar.

Rupanya dedua belah hidung dia tersumbat dengan tayar mainan dan plastik kecil. Lebih pelik bila Ariff langsung tak mengadu sakit sepanjang mender alah tu dalam hidung dia. Alamdullilah, doktor dah keluarkan. Selsema Ariff terus hilang.

Haih.

Sebagai seorang ibu, aku rasa frust sangat dengan diri sendiri. Frust sebab dah sebulan baru aku notis tentang mender ni. Sepatutnya, aku ikut instinct aku dan bawa Ariff pegi checkup lebih awal. Hate myself for not being a good mother.. *nangis*

Habis bab Ariff, timbul bab Amarr pulak. Dah 4 hari Amarr demam panas. Bawak pegi klinik dah 2 kali. Makan ubat, antibiotik pun tak jalan. Sampai merah-merah mata Amarr sebab panas dalam badan.

Malam tadi Amarr menggigil dalam suhu badan yang tinggi. Aku basahkan kepala dia, dan selimut separuh badan je sebab risau suhu dia naik lebih tinggi kalau aku selubung seluruh badan. Pastu aku peluk dia sampai gigil dia beransur kurang. Bila dia dah ok, aku bagi ubat untuk legakan demam. Pastu aku letak secawan air sebelah dia. Aku nak dia minum banyak air, tapi aku tanak force dia minum. Alhamdulillah, taktik ni menjadi. Sesekali, Amarr ambil air tu dan minum.

Almost azan subuh jugak lah baru Amarr boleh tersenyum dan bergurau dengan aku.

Dugaan sangat. Takut sangat. Semoga Amarr cepat sembuh. Semoga anak-anak mummy dilindungi-Nya. Semoga mummy & daddy sentiasa kuat dan tabah demi Ariff & Amarr.

No comments: