KENGKAWAN

Monday, December 31, 2012

Cuti last tahun ni

Cuti hari ni. Cuti terpaksa.

Dah 2 hari area rumah ni takde air. Babysitter malam tadi sms cakap tak boleh jaga baby sebab takde air. So, nak buat camne, cuti je la kekdahnya.

Tak suka lah bila takde peringatan bila air takde. Aku cek website Syabas pun takde announce apa-apa. Bila dah jadi camni baru lah nak cakap derang tengah tukar injap apakejadah la, haper la, pasal tu air takde. Kalau inform awal kan ok. At least boleh aku save se-tong dua. Nih tidak. Huru hara rasa dunia bila memasing nak berak.

Pagi tadi boss aku call. Tanya pasal account issue. Pastu tengahari tadi dia call lagi tanya isu yang sama. Kesian pulak bila dia kelam kabut taim aku cuti.

Aku cek email office tadi. Baca email yang boss aku hantar ke HOD. Boss back-up aku beb. Terharu ok. Terasa sangat berbaloi aku keje bawah dia. Walaupun dia sangat sacarstic.

Ekceli, ada isu yang aku pun tak tahu sama ada aku patut share kat sini.

Bila kakak A kena transfer bulan 7 aritu aku ingat dept ni dah boleh keje dengan tenang tapi nan hado. Ada pulak dua tiga staff lain yabg naik tocang.

Haih. Semua yang naik tocang ni terdiri dari staff yang umur 50 an ke atas. Kira betul la teori aku tentang orang yang meroyan bila umur menghampiri menopaus kan?

Lebih ekstrim bila ada staff-staff menopaus ni mula timbulkan aura bersifat racist. Sorang lagi asyik la dengan agenda nak mengkristian orang. Ajak orang buat kebajikan. Tapi bila tiba part nak salurkan bantuan, dia pilih hantar ke church tanpa maklumkan orang lain. Tak pepasal member aku yang nak tolong agihkan bantuan kena halau dari church. Gila kan?

Memacam lagi la mender gila yang jadi. Koser aku bercerita.

Aku cuma harap, bila kontrak HOD sementara ni tamat, pihak management tukar lah dengan HOD baru yang lebih berpengalaman. Sebab aku rasa, masalah dalaman ni boleh settle kalau ada boss yang berkredibiliti. Yang tak bias. Dan bijak tangani masalah dalaman dan pandai buat keputusan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...