KENGKAWAN

Sunday, December 30, 2012

Planning mendaki

Dah nak start tahun baru.

Planning apa patut. 

Planning masa depan,
Planning saving,
Planning jenjalan,
Planning kumpul harta,
Planning nak panjat gunung mana.. hahaha.

Bab planning gunung ni, kalau tengok semula trend aku naik gunung sepanjang 4 tahun selepas berkahwin, secara purata adalah setahun sekali je. Compare dengan sebulan 4 kali masa bujang. 

2006 & 2007 adalah tahun menggila gunung. Lebih 30 gunung aku panjat dalam setahun. Dalam setahun ok.

Tahun - tahun selepas tu just satu/dua gunung je setahun.. sob sob:
2008 - Gunung Mulu & Pinnacle sahaja (bukit-bukau tak termasuk laa)
2009 - Pregnant kan Ariff
2010 - Gunung Trusmadi & Tambuyukon (mendaki masa pregnantkan Amarr)
2011 - Gunung Korbu & Gayong
2012 - Gunung Batu Puteh

Tapi takperlah, janji ada, ye tak? Panjat gunung ni bahaya. Sekali addicted, selamaya susah nak tinggal. Macam orang amik dadah juga.. hihi. Kalau berjaya tinggalkan jugak hobi ni, tettttaaapppp akan teringat-ingat kembali.

Kalau ikut hati, memang lah nak pergi mendaki tetiap bulan. Tapi, kena buat realiti check juga. Anak-anak kecik lagi, takkan nak selalu tinggalkan. Kang pepatah kera dihutan disusukan, anak kat rumah mati kelaparan, jadi kenyataan.. huhu. Minat tu minat juga, hati pasangan & anak-anak mesti kena jaga.

Naik gunung ni, kena ada tujuan juga; nak tengok keindahan alam, nak challenge diri sendiri, nak tambah koleksi gunung, nak rasa trek berbeza, nak cari ketenangan, etc. Tapi, kalau masuk hutan tapi family berantakan, dapat ke ketenangan? Confirm rasa kosong je kan. Huhuhu.

Anw, aku takde plan lagi nak panjat gunung mana tahun ni (Kecuali gunung Kinabalu. Itu pun sebab nak merasa trek via Ferrata Low's Peak Circuit. Gunung Kinabalu ni aku tak consider macam gunung biasa yang aku suka panjat sebab trek Kinabalu ni clear sangat. Tak rasa macam dalam hutan pun kekdahnya). 

Note: Bila aku sebut 'Plan' nak masuk hutan pergi mendaki maknanya trip yang ambik masa lebih 2 hari 1 malam kat hutan. Trip daypack tak kira naa..

Apa pun, depends pada invitation dari kengkawan. Kalau derang invite gunung yang aku belum pernah pegi, dan kena pulak tarikh tu aku free, insyaAllah aku join. Tapi kalau invitation tu untuk gunung yang aku dah pernah conquer, minta maaf ya, terpaksa tolak sebab time constrain. Tanak buang masa. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...