KENGKAWAN

Tuesday, January 29, 2013

Demam

Suhu badan panas.

Tapi aku menggigil macam aperntah. 3 jari kaki kiri dan kanan siap kebas macam berdiri atas ais.

Doc dah bagi MC untuk hari no. Tapi banyak keje plus tak larat nak balik. Terpaksa stay opis.

Esok confirm MC. Tak larat dah ni.

Haih.

Rasa macam setiap kali January, aku confirm demam teruk. Perubahan cuaca kot.

Sunday, January 27, 2013

Ariff dan Treasure box

Tetengah malam buta Ariff datang naik atas katil aku pastu tunjuk satu wedding invitation card.

Ariff cakap, "Mummy, treasure map".

Aku iya kan je lah. Walhal, tu peta rumah orang kahwin.

Sekejap tu dia selongkar satu rumah cari treasure. Bising mulut dia duk baca map.

"Turn left, then turn right, bla, bla, bla..."

Aku biar je lah. Yang pasti memang dia takkan jumpa apa-apa.  Tak sampai sejam pastu Ariff duk jerit-jerit hepi sebab dah jumpa treasure box katanya.

"Mummy, I've fount it! Look! Treasure! Treasure!"

Aku ingatkan dia imagine je. Rupanya memang betul dia jumpa treasure box.

Ekceli, itu jewelry box aku. Memang sebijik rupa treasure box dalam cerita Dora the Explorer yang dia suka tengok.

Haih.

Sempatlah aku selamatkan aksesori emas. Yang bukan emas je aku kasi main. Tak kasi kang nangis pulak. Tskk...

Escape Teluk Bahang Penang

Entry ini mengandungi gambar yang sangat banyakkk!! 

Kalau korang ingin mencuba sesuatu yang lain dari yang lain, pergi lah ke Escape, Penang. Serious best gila. Tempat ni baru je 3 bulan buka. Ramai tourist suka pi sana. Tempat ni sesuai untuk bebudak kecil sampai lah orang dewasa. Ekceli, Escape ni ada satu bahagian lagi yang belum siap sepenuhnya - dia punya Water theme park (macam Sunway Lagoon lebih kurang). Area water park dijangka siap tahun 2014. 

Aku rasa, by time water park siap, sure entrance fees jadi double. Buat masa ni, entrance fees untuk adult RM48 (Malaysian). Bawah 4 years old FOC. Yearly pass pulak RM300. Entrance fees cover semua dry park games kecuali Atan's Leap (kena tambah RM20 per jump) & kids xtvt macam Serambi games & mendulang emas. Lelain semua free.

Kalau rumah aku dekat Penang, memang aku beli pass tu. Boleh masuk bebila masa aku nak. Best ok. Boleh buat port exercise pada yang nak kurangkan berat badan :)

Paling mencabar, Atan's Leap. Terjunan bebas yang ada dua level ketinggian; 15 meter dan 20 meter. Aku dah buat yang 20 meter. Memang gayat nak mamfus beb!! Almost 3 minit aku berdiri kat pelantar 20 meter tu sebelum aku nekad untuk terjun. Rasa macam nak terjun bunuh diri pun ada. Tapi bila dah terjun tu.. fuhhhh rasa best gila. Nak je aku ripit dua tiga kali sambil buat aksi terjunan yang pelbagai... hihi. Kalau nak tengok video terjunan aku, ada kat entry sebelum ni. Sila cari ya :)

Cerita banyak pun tak guna, layan gambar je lah beb.


My handsome boy, Ariff. Umur baru 3 tahun 7 bulan, tapi duk merengek nak try games untuk orang dewasa. Siap merajuk lagi bila aku tak kasi. Ada harapan jadi lasak macam mummy & daddy dia. Bagus nak, nanti bila Ariff dah besar sikit, kita pi lagi nahh.


Entrance fees (for non-Malaysian). Untuk Malaysian ada diskaun 20%. Kira lah.


Us kat entrance. Cantik tempat ni tau. Seriyes.

Xtvt first yang kami try kat sini. Wall climbing. Ariff pun nak jugakkk menerai.

Mamoru tengah fix Ariff punya safety cap. Exceli, budak seusia Ariff tak digalakkan buat xtvt ni. Tapi sebab kami datang weekdays, tak ramai orang, so Escape Team tu layankan je lah permintaan Ariff :)

Nih port untuk kanak-kanak. Ada banyakk lagi for kids kat belakang tu. Memang sangat best dan selamat sebab ada Team Escape yang akan pantau kekanak kat sini. Lebih best dari Playland kat memana shopping mall kat KL ok! Tapi Ariff tetap berkeras tanak main kat sini, dia nak terai games untuk orang dewasa jugak. Dia suka sangat tengok orang buat flying fox... Haih.

Pakai harness

Suka gambar ni. Satu family sukakan outdoor!!

Amarr je tak pakai harness. Terlalu kecik lagi. 

Amarr dapat pakai safety cap je lah. TQ team Escape sebab sudi layan karenah anak aku.. hihihi

Daddy tengah tunjuk Ariff wall yang dia kena climb.

Daddy in action. Tiang besi kat belakang tu adalah Atan's Leap :)

Ariff mula nak memanjat. Tak sampai halfway pun dia dah giveup. Takper sayang, this is too tough for kids your age. Next time kay :)

Me in action. Siap pose gedik kat atas nun. Ada timing tau untuk complete kan setiap level kat sini. Aku punya 35 saat :)

Antara games yang Ariff suka bebenor main. Kereta apa ntah ni. Kena goyang handle tu ke kiri-kanan baru dia gerak. Best tau tapi untuk bebudak sahajor. Amarr tak reti main lagi. So kena tolak.

Ekceli parents not allowed on trek. Tapi, macam aku cakap tadi, weols pegi taim weekdays. Tak ramai orang :)

Flying fox. Ada banyak level kat sini. Minah atas ni buat yang first level. Rendah dan pendek route dia.

Mamoru sempai try obstacle Level 1 dan Level 3. Best gila.
Me tengah buat salah satu obstacle Level 1. Tak sempat nak buat Level 3 sebab Ariff & Amarr dah cranky. Setiap Level ada few obstacle dan beberapa flying fox yang kita kena buat. Once start tak boleh patah balik. Kena habiskan semua obstacles hingga sampai ke tempat kita mula (Menara). Best sangat. Kalau nak buat port ni jadi port dating pun sangat sesuai dari berdating kat shopping kompleks.. hihihi

Me tengah buat another obstacle.

Dalam park ni korang tak boleh bawak masuk makanan dari luar. Kena beli kat cafe yang disediakan. Kat sini semua adalah cashless. Kena beli card yang korang boleh reload ikut suka banyak mana. Harga makanan ok lah. Kalau nak sewa  locker, korang kena beli wrist tag yang berharga RM15 (RM5 je sewa locker. Deposit RM10 returnable). Kat sini juga ada bilik shower (free) kalau nak mandi lepas berpeluh-peluh.

View Escape dari luar

Sangat environmental friendly sampai bumbung pun depa duk tanam rumput

Logo Escape

Port parking pon depa duk tanam segala macam pokok ulam dan sayuran.
Longkang pun ada pokok hiasan oke.

View port parking
Menara starting & ending point. Setiap tingkat mewakili level yang berlainan.
Gambar ni Mamoru snap masa dia nak tamatkan last obstacle Level 3.
Akhir kata, pi la Escape. Memang best!!

visit website derang kalau nak lebih info www.escape.my



Friday, January 25, 2013

Trying Atan's Leap at Escape Penang !!!

Ok. Korang kena tengok video ni! Seriously, this is me tengah buat 'free fall' atau terjunan bebas Atan's Leap kat Escape, Penang!

Aku terjun dari ketinggian 20 meter atau bersamaan dengan ketinggian 7 tingkat bangunan! 

Takutt tapi bila dah terjun rasa nak buat lagi dan lagi dan lagi!!!

I love Escape, Penang!! You guys should try this or at least go there! Nanti I storey the mory lagi cerita beserta gambaq nahh. Love outdoor!!


Wednesday, January 23, 2013

Day 3 xtvts

Semalam kami keluar dari hotel dekat nak tengahari jugak lah semata nak pastikan Ariff & Amarr cukup rehat.

Kami pegi Chowrasta market. Jenjalan sambil cuci mata dan poket.

Teringin nak sambung food hunting. Tapi tak sempat. Bawa anak berjalan, kena ikut mood anak. Mood anak ok, kau boleh pegi mana je kau suka. Tapi once dia throw tantrum. Confirm semua panic dan boleh menyebabkan penat dan frustrating. So, kena pandai balance interest anak dan diri sendiri.

Kat bahagian atas pasar Chowrasta ada kedai buku terpakai. Banyak gila buku ok! Heaven. Nasib baik kami pegi situ bawak Ariff & Amarr. Kalau tak, mau berejam aku melepak situ. Sempat la sambar 2 buku novel.. hihi. Uncle kat situ siap puji Amarr. Katanya "Amarr ni sure cepat membaca". Aminn. InsyaAllah.

Lepas beli buku, aku & Mamoru gi pekena cendol femes kat area sini. Rasa dia ok lah. Tapi still tak melepasi piawaian aku coz aku pernah minum cendol yang lebih power dari ni.

Dari chowrasta, kami pegi Bukit Bendera. Saja kasi Ariff & Amarr naik tren version lain :)

To be continued..

Aku nak bersiap pegi "Escape" kat Teluk Bahang!!!! Nak try terjunan Atan's Leap yang ala-ala bungee jumping! Thrill!

Lets go outdoor!!

Tuesday, January 22, 2013

Jenjalan

Masih lagi bersiaran dari Penang :)

Semalam adalah sangat seronok. Mana tak seronok beb, dapat cuti di hari weekdays dan away dari KL. Rasa macam tourist pulak. Lebih best bila aku baru sedar yang aku belum pernah jelajah satu Penang.  So, memang banyak port menarik dan baru yang aku belum pegi.

Salah satu darinya adalah tempat outdoor terbaru yang baru 3 bulan open for public kat Teluk Bahang ni 'Escape' . Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat ni, klik www.escape.my. Seriyes BEST ok!! Aku plan nak ke Escape masa hari last aku kat Penang ni!

Semalam, me & Mamoru bawak the kids pegi museum Toys kat Tanjung Bungah. Tapi sampai je sana, baru kami tahu muzium tu dah relocate kat tempat baru. Memasing cecepat keluarkan phone, google address baru pastu search dalam GPS. Thanks to technology. Tak sampai seminit, kami dapat address baru kat Teluk Bahang. Baru 3 bulan depa pindah tempat baru. Ni alamat baru depa (tetiba tukar loghat):

1370, MK 2, Teluk Bahang, 11050 Penang.
Landmark dia sila cari SJKC Eok Hua.

Buka dari pukul 9am - 6pm. Entrance fee for Malaysian RM15 for adult and RM10 for kids. Derang tak specify umur kids yang kena bayar entrance fees. Amarr yang 3 tahun pun kena charge.

Bawah ni gambar kami dalam museum Toys yang baru. Tak besar sangat. Tak ada deco. Nampak dull. Dinding dan atap cuma zink. Panas berbahang walau derang pasang aircond.

Susunan karektor kartun, patung dan figurin pula bercampur. Sepatutnya dia asingkan karektor kartun untuk kekanak dan watak filem untuk orang dewasa/remaja. Ni tak.. bercampur patung kartun Nemo, Ice Age, Wall-E dengan Alien, Predator, Joker, patung seksi sampai nak tersembul tetek, etc.

Amarr sampai menjerit histeria tengok patung-patung ganas dan menakutkan. Ariff je tak kisah. Yang tak best tu, Amarr menjerit histeria tetengah malam beberapa kali teringatkan karektor menakutkan tu. Haih.

Kami keluar awal dari Toy museum. Badan Amarr tetiba panas melampau sampai pipi dan muka dia merah macam udang kena bakar. Amarr demam mengejut.

Aku search klinik terdekat dalam GPS. Jumpa satu kat Batu Ferringgi. Nasib baik tak ramai. Suhu Amarr turun ke 37.7 bila doktor check.

Lepas ambil ubat, kami pergi jenjalan survey port nak melawat esoknya. Sempat gak lah pekena durian Balik Pulau. Bukan musim, so tak banyak stall yang buka kat sini.

Sebelum balik hotel, kami pekena pasembor dulu.

Malam tadi teringin nak keluar makan nasi Kandar Beratur. Restoran tu buka start pukul 10 malam jah. Tapi cancel sebab nak make sure Amarr cukup rehat untuk sambung berjalan esok.

Okies. Nak bersiap keluar. Another exciting day in Penang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...