KENGKAWAN

Sunday, January 27, 2013

Ariff dan Treasure box

Tetengah malam buta Ariff datang naik atas katil aku pastu tunjuk satu wedding invitation card.

Ariff cakap, "Mummy, treasure map".

Aku iya kan je lah. Walhal, tu peta rumah orang kahwin.

Sekejap tu dia selongkar satu rumah cari treasure. Bising mulut dia duk baca map.

"Turn left, then turn right, bla, bla, bla..."

Aku biar je lah. Yang pasti memang dia takkan jumpa apa-apa.  Tak sampai sejam pastu Ariff duk jerit-jerit hepi sebab dah jumpa treasure box katanya.

"Mummy, I've fount it! Look! Treasure! Treasure!"

Aku ingatkan dia imagine je. Rupanya memang betul dia jumpa treasure box.

Ekceli, itu jewelry box aku. Memang sebijik rupa treasure box dalam cerita Dora the Explorer yang dia suka tengok.

Haih.

Sempatlah aku selamatkan aksesori emas. Yang bukan emas je aku kasi main. Tak kasi kang nangis pulak. Tskk...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...