KENGKAWAN

Monday, January 07, 2013

Ariff first day at GA

Masa nak bertolak tadi, Ariff sangat excited. Dia takde idea pun aku nak hantar dia kemana.

Aku suruh dia baca bismillah sebelum melangkah keluar rumah.

Ekceli, Mamoru dah arrange transport untuk Ariff, tapi since aku cuti hari ni, biarlah aku hantar sendiri.

Kami jalan kaki je ke Genius Aulad. Dekat sangat. Lintas jalan dah sampai.

Tak dapat nak gambarkan perasaan aku tengok Ariff dalam kelas tadi. Betapa bangganya aku dengan Ariff. Sikit pun tak menangis bila kena tinggal dalam kelas dengan kawan-kawan baru.

Even kawan sebelah menyebelah menangis meraung pun Ariff still cool dan relax main dengan toys yang Teacher Ina beri pada student. Sesekali, bila haus, Ariff buka penutup botol dan minum air kosong yang aku bekalkan.

Ada sesetengah parents (macam dlm gambar kat bawah) refused tinggalkan anak yang meraung. Pada aku, kalau tak ditinggalkan hari ni, esok lusa, tentu nak kena teman lagi.

Semoga dipermudahkan segalanya untuk Ariff. Belajar rajin-rajin ya sayang. Semoga menjadi pelajar yang bijak dan pintar seperti nama Ariff sendiri. Mummy doakan.

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam.Ariff mmg budak yg baek...semoga dia akan rajin bljr.Aminn



Berminat dgn pemanggang ajaib...dgn 2 saiz yg berbeza..jemput singgah ya.TQ

Mrs weck said...

Aku baru ada masa nk buka blog kau.. believe it or not, air mata aku yg meleleh tgk pic ariff masuk belajar. Kejap nye lahai anak2 besar..bangga+terharu tgk dia yg independent+brave. Dgn tangan ni juga yg menumpang besarkan dia dulu.. Now dah school..Moga dia jadi anak yg cerdik dan berjaya di dunia akhirat..In sha Allah..amin yarabbal alamin.

*tuhan je yg tahu hati suci seorg mak. :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...