KENGKAWAN

Saturday, January 05, 2013

Bangunan UO dah lenyap

Lama gila tak naik LRT Pasar Seni. Aritu berpeluang naik sebab nak ke PMCB masa Amarr admitted.

Banyak gila pembaharuan kat sini. Bus stand Klang kat tepi LRT dah takde, bangunan UO dan Plaza Warisan pun dah lenyap. Tinggal tapak je.

Kenangan sungguh dedua bangunan ni untuk aku. Esp bangunan UO sebab ni la tempat keje aku yang pertama masa memula datang KL 11 tahun dulu. Baru grad tak boleh memilih keje. Kalau tak, camne nak bayar sewa.

First job aku dulu sebagai Sales Assistant aka jurujual kat Bedding Dept  tingkat 1 bangunan UO. Kat sini juga aku kenal dengan H. Couple sampai 2005 pastu break. Single for 2 years, then kahwin dengan Mamoru in 2008.

Eh, apa melalut pasal love life pulak ni. Sambung balik cerita pasal UO.

Kat UO ni, aku dapat 3 orang kakak angkat. Kak Ani, kak Selvi & kak Ai Ling. 1 Malaysia sungguh ok. Bukan aku yang teringin nak berangkat-angkat ni. Ntah apa yang derang berkenan kat aku ni sampai declare aku sebagai adik angkat. Kak Selvi sampai sanggup pegi keje bawak lunch untuk aku. Dia beli makanan kat orang melayu lah. Kalau raya Deepavali, dia prepare rendang kambing yang dia beli dari orang melayu untuk aku. Best kan? H tak suka kakak-kakak angkat aku ni sebab terlalu protektif katanya. Esp kak Ani & kak Selvi sebab derang tak suka aku keluar dating. Maybe sebab umur aku dulu baru 23 tahun. Derang takut aku tersilap pilih kawan kut.

Selalu masuk keje shif pagi, aku akan punch card kat basement pastu terus naik tingkat 3 beli breakfast kat foodcourt. Sebelum makan, aku akan pasang lagu Guns N Roses kat jukebox. Tak ada staff lain pun yang mainkan lagu kat situ pepagi kecuali aku. Lagu dalam tu kuat sampai boleh dengar ke groundfloor. So, kalau terdengar lagu GNR memekak pepagi tu, kakak- kakak aku dan H tau lah aku dah sampai.

Kalau shif petang, kena balik lepas closing. Pastu kelam kabut kejar bas. Pernah sekali aku terlepas bas sebab nak tengok bunga api kat dataran. Terpaksa tumpang tidur kat hostel UO (bilik Aza). Tapi lepas tu memang aku tak minat dah pertunjukkan bunga api ni. Bunyi macam bom jatuh atas kepala. Tengok dari jauh boleh lah.

Kat UO ni jugak aku ada ramai kawan. Antara yang rapat sampai sekarang, Siti,Aza & Kechik. Siti masih keje UO lagi (cawangan mana ntah) Tapi Kechik dah meninggal dunia beberapa bulan lepas aku tukar keje. Eksiden motor. Kechik ni lelaki, hensem, alim tapi lebih muda dari aku. Arwah ni baik budaknya.Rasa macam baru semalam aku dengan kengkawan lain pergi tengok jenazah dia kat HUKM.

Haih.

Banyak kenangan pahit manis keje kat UO ni. Now UO dah tak ada. Tapi insyaAllah, kenangan dengan kengkawan lama tetap bersama.

Bawah ni gampar tapak bangun UO (depan 7-11) dan tapak Plaza Warisan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...