Tuesday, January 22, 2013

Jenjalan

Masih lagi bersiaran dari Penang :)

Semalam adalah sangat seronok. Mana tak seronok beb, dapat cuti di hari weekdays dan away dari KL. Rasa macam tourist pulak. Lebih best bila aku baru sedar yang aku belum pernah jelajah satu Penang.  So, memang banyak port menarik dan baru yang aku belum pegi.

Salah satu darinya adalah tempat outdoor terbaru yang baru 3 bulan open for public kat Teluk Bahang ni 'Escape' . Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tempat ni, klik www.escape.my. Seriyes BEST ok!! Aku plan nak ke Escape masa hari last aku kat Penang ni!

Semalam, me & Mamoru bawak the kids pegi museum Toys kat Tanjung Bungah. Tapi sampai je sana, baru kami tahu muzium tu dah relocate kat tempat baru. Memasing cecepat keluarkan phone, google address baru pastu search dalam GPS. Thanks to technology. Tak sampai seminit, kami dapat address baru kat Teluk Bahang. Baru 3 bulan depa pindah tempat baru. Ni alamat baru depa (tetiba tukar loghat):

1370, MK 2, Teluk Bahang, 11050 Penang.
Landmark dia sila cari SJKC Eok Hua.

Buka dari pukul 9am - 6pm. Entrance fee for Malaysian RM15 for adult and RM10 for kids. Derang tak specify umur kids yang kena bayar entrance fees. Amarr yang 3 tahun pun kena charge.

Bawah ni gambar kami dalam museum Toys yang baru. Tak besar sangat. Tak ada deco. Nampak dull. Dinding dan atap cuma zink. Panas berbahang walau derang pasang aircond.

Susunan karektor kartun, patung dan figurin pula bercampur. Sepatutnya dia asingkan karektor kartun untuk kekanak dan watak filem untuk orang dewasa/remaja. Ni tak.. bercampur patung kartun Nemo, Ice Age, Wall-E dengan Alien, Predator, Joker, patung seksi sampai nak tersembul tetek, etc.

Amarr sampai menjerit histeria tengok patung-patung ganas dan menakutkan. Ariff je tak kisah. Yang tak best tu, Amarr menjerit histeria tetengah malam beberapa kali teringatkan karektor menakutkan tu. Haih.

Kami keluar awal dari Toy museum. Badan Amarr tetiba panas melampau sampai pipi dan muka dia merah macam udang kena bakar. Amarr demam mengejut.

Aku search klinik terdekat dalam GPS. Jumpa satu kat Batu Ferringgi. Nasib baik tak ramai. Suhu Amarr turun ke 37.7 bila doktor check.

Lepas ambil ubat, kami pergi jenjalan survey port nak melawat esoknya. Sempat gak lah pekena durian Balik Pulau. Bukan musim, so tak banyak stall yang buka kat sini.

Sebelum balik hotel, kami pekena pasembor dulu.

Malam tadi teringin nak keluar makan nasi Kandar Beratur. Restoran tu buka start pukul 10 malam jah. Tapi cancel sebab nak make sure Amarr cukup rehat untuk sambung berjalan esok.

Okies. Nak bersiap keluar. Another exciting day in Penang!

1 comment:

Cicada2nd said...

Tak sabar nak tunggu cerita tentang Escape. Seronoknya dapat cuti² hari biasa. Teringin nak rasa camtu jg buat kali ke duanya.