KENGKAWAN

Saturday, January 05, 2013

Masih demam

Masih terlantar kedemaman. Tak suka lah situasi macam ni. Banyak benda tergendala. Nasib baik minggu ni tak ada job.

Demam disaat menjaga anak-anak kecil adalah sangat mencabar. Sebabnya, kau takkan dapat rehat langsung. Tapi alhamdullilah, Mamoru sentiasa ada dalam minggu ni. Sanggup dia ulang alik KL - MLK - KL pegi keje. Pastu jaga anak sebelah malam. So, dapatlah aku berehat dengan tenang. Tapi naper ntah still lambat sembuh demam ni. Haih.

Malam tadi Mamoru pulak dah tunjuk tanda nak demam. Kesian Mamoru. Harap antibodi dia kuat. Susahlah kalau hero no.1 tumbang. Nak harap hero no.2 dan 3, semua kecik lagi.

Tak sabar nak tunggu usia Ariff & Amarr cecah 7 tahun. Aku nak amik maid. Nak amik sekarang tak boleh. Sebab anak aku belum petah bercakap sangat. Kang kalau kena aniaya dengan maid, sorang pun tak tahu. At least kalau Ariff & Amarr dah sekolah, dah pandai bercakap, pandai pertahankan diri diri, boleh lah pakai maid.

3 more years to go..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...