KENGKAWAN

Friday, January 04, 2013

MC lagi

Dasyat betul penangan demam diusia 30-an ni. Manjang terlantar hina je kekdahnya.

Malam tadi pekena ubat kaw- kaw pastu drowsy sampai jalan rasa tak jejak bumi.

Ada cerita kelakar nak mamps malam tadi. Tak sangka aku masih boleh ingat walhal tengah lalok. Maybe sebab terlalu kelakar.

Ada seseorang tu bantai buat susu anak bubuh dalam botol mineral dan letak straw. Patut lah Ariff meraung tetengah malam buta. Ada ke patut dapat susu dalam botol mineral??

Dalam mamai tu sempat jugak lah aku tegur seseorang tu tukar botol susu. Bila aku tanya kenapa guna botol mineral, dia cakap sepatah je "entah". Serius lawak tapi condition aku yang 'high' malam tadi buat aku tak mampu ketawa. Pagi ni baru boleh gelak sikit.

Anw, jangan tanya siapa seseorang tu. Kang payah pulak aku nak memujuk. Maybe seseorang tu penat sangat sebab ulang-alik KL - Melaka gi keje tetiap hari dalam minggu ni. Kesian dia tak cukup tidur. Pastu kena pulak jaga anak isteri yang kedemaman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...