KENGKAWAN

Wednesday, January 16, 2013

Panasss

Tengah panas hati dengan sorang Sr Manager ni.

Dia email aku pagi ni. Tanya tentang duit staff fund yang department promise nak refund pada semua staff pada 15 Jan 2013. Yang best tu, dia boleh cc kat boss aku pastu blame aku sebab tak comply dan duty breach. Gampss lah.

Nih sorang lagi orang tua senil kat department aku. Memang tepat lah teori orang dah menghampiri umur menapous ni tak sesuai bekerja. Baik lelaki ataupun perempuan. Pelupa nak mamfus, nyanyuk dan menyusahkan orang. Tu lah, masa memuda dulu tanak amik supplement. Tanak amalkan gaya hidup sihat. Bila umur dah 50-an, mula lah dapat penyakit nyanyuk.

Aku reply kat dia. Aku cakap aku akan refund semua staff fund bila semua staff dah submit akaun number kat aku. Still ada 12 orang belum bagi akaun number. Sabau lah. Sempat aku pulangkan paku buah keras. Aku tanya siapa yang cakap refund dapat 15 Jan 2013??? Dalam minutes meeting yang lepas takde mention apa-apa pun. Kejadah aku tak comply, duty breach segala bagai???

Bila dah malu, dia balas balik email aku. Katanya dia tanak tunggu lelama. Dia nak duit staff fund dia by CASH esok pagi.

Geram aku beb. Dah kemaluan tapi cakap still tanak kalah. Dasarrr!

Aku malas nak layan orang senil macam ni. Nama je Sr Manager. Tapi sengkek habis. Duit staff fund yang RM200 inggit pun tak menyempat-nyempat nak suruh pulangkan. Kalau 2 ribu lain lah. Nih 2 ratus!! Gila.

Aku forward email tu kat boss aku. Suruh dia advise sikit kat Sr Manager ni. Nak keluar staff fund bukan boleh pegi ATM cucuk duit. Kena ada at least 2 orang signatories sain form baru boleh keluarkan. Salah seorang signatories away sampai next week. Signatories yang ada just aku dengan boss aku.

Orang macam ni aku malas nak entertain. Malasssssssssssssssssssssss nak sain form tu semata untuk dia sorang. Saja nak nak menambah keje aku ler tu. Aku memang pantang kalau jumpa Sr Manager yang takde kredibiliti ni. Nyah kau. Cepat lah kau pencen. Kau tak deserve my respect at all.

Anw, mood dah hepi semula sebenarnya bila boss back-up aku. Marah betul boss aku kat dia. Haha.. guess boss aku pun dah fade-up melayan orang macam ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...