KENGKAWAN

Sunday, January 06, 2013

Takde air lagi.

SYABAS ni memang kan.

Dalam minggu ni dah 3 kali dia tutup air tanpa notis. Apa masalah derang tak suka kasi notis awal- awal hah?

Tambah haru, bila setiap kali takde air, mesti kena pada hari CUTI. Saja pedajal ke hape?

Aku boleh faham kalau pihak SYABAS ada problem teknikal ke haper, dengan syarat, KASI NOTIS lah wei. At least kalau ada notis, aku boleh simpan air ke apa patut. Atau at least aku boleh sesiap packing baju pegi melepak rumah sedara-mara yang ada air.

Fade-up lah dengan servis macam ni. Buat orang sakit hati, menyampah segala bagai. Kalau derang hantar lori air tambahan takper lah jugak. Ni sama macam hari tu. Buat orang clueless sampai ke sudah.

Tolonglah upgrade servis korang SYABAS oiii...  Susah sangat ke nak update announcement kat website SYABAS tu?? Kang kalau penduduk semua maki, korang tak suka. Kalau inform awal-awal tak la kena maki.

Haih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...