KENGKAWAN

Tuesday, January 01, 2013

Taska baru

Melawat taska baru untuk Ariff & Amarr.

Taska ni ada provide transport untuk hantar dan ambil Ariff ke Genius Aulad. Ariff start kelas next Monday. Kelas untuk student 4 tahun.

Berbelah bagi juga nak tukarkan Ariff dari jagaan babysitter ke taska. Ariff & Amarr sejak lahir sampai lah sekarang bawah jagaan babysitter yang sama. Tak tahulah macam mana penerimaan Ariff kalau tukar masuk taska.

Tapi rasanya aku takde choice selain hantar Ariff ke taska ni.

Sebab utama, Ariff dah start pre-school. Dan aku tak boleh nak lari keluar ofis untuk hantar atau ambil Ariff dari Genius Aulad.

Sebab kedua, babysitter sekarang tengah pregnant. Due bulan April. Nak tanak, aku kena cari backup babysitter. Dan even lepas babysitter sekarang deliver baby, takkan aku still nak hantar anak-anak aku pada dia. Kang mana dia nak jaga baby kecil, nak jaga anak aku yang tengah aktif, nak jaga anak orang lain lagi. Haih.

Sebab ketiga, taska ni jenis berdaftar dan owner taska duduk bersebelahan dengan taska. Senang dia nak monitor staff & bebudak dalam asuhan. Ramai pulak yang rekemen taska ni. Pada aku, kalau ada yang rekemen, sure taska ni boleh dipercayai.

Lama juga aku discuss dgn owner taska tadi. Strict juga rules dia. Tapi puas hati lah. Fees ok, tapi ada deposit 1 month. Aku dah cakap apa yang aku nak, termasuk lah "no rotan-rotan". Nak marah, boleh.

Now, tengah fikir bila tarikh nak start hantar bebudak ni ke taska. Mamoru suruh start immediately.  Hmm..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...