KENGKAWAN

Wednesday, January 02, 2013

Xtvt di tahun baru

Cuti sekejap- sekejap ni sebenarnya lebih afdal duduk kat rumah je. Mengemas, masak pastu tergolek depan tv.

Tapi, disebabkan semalam takde air lagi, maka aku sefamily terpaksa lah berumah tangga kat shopping mall. Senang nak cari toilet bila nak berak kekdahnya.

Hepi la Ariff & Amarr dapat spend masa kat playground Empire Subang & Viva Mall. Pastu dapat pulak main memacam games lain. Redha je daddy keluar duit poket bayar play-land ni.

Pagi ni baru ada air. Tapi kecik dan keruh sikit. Sebelum pegi ofis tadi aku sempat tadah satu tong besar dan satu besen air. Tu je lah bekas besar yang aku ada. Duduk rumah tinggi ni payah nak beli bekas air besar-besar. Tempat storage takde. Harap petang ni air still ada. Kalau tak, just bergantung dengan air yang aku save tadi dan air drinkking water yang Mamoru beli berpuluh-puluh botol malam tadi.

Tahap air sekarang dah kritikal kat area rumah aku. Ramai orang pegi cedok air dari dalam swimming pool. Geli ok.

Ada orang cakap better tak ada letrik dari takde air. Aku dah pernah experience dedua situasi ni. Bagi aku dedua adalah sama penting. Kalau air takde, aku tak boleh stay dalam rumah. Kalau letrik takde pun aku tak boleh duduk dalam rumah tu sebab, rumah tetinggi ni peng-cahaya-an adalah kurang. Takde letrik memang ko jalan merangkak. Dan sistem peng-udara-an pun kureng. Aku mungkin boleh tidur kalau letrik takde. Baby kecik? Bebudak kecik? Confirm merengek tak selesa. Panasss membahang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...