KENGKAWAN

Thursday, February 28, 2013

Berkejar dengan masa

Tak sempat lagi nak update pasal event kat Fraser Hill last week. Busy tak sudah. Nak menaip taim malam pun tak sempat. Busy melayan Ariff & Amarr yang semakin aktif.

Ahad ni ada marathon Brooks kat Bukit Jalil. Adoyai, confirm senak perut lari 10km kali ni. Aku tak training langsung kot. Last aku lari masa event Malakoff tahun lepas.

Haih. Lari aje la. Agak-agak nak semput tu berhenti la kejap.

Pasni kena start training selalu. Stamina dah kelaut. Ada masa sebulan je lagi untuk maintain fitness sebelum next trip mendaki gunung... wuwuwu.

Note to Mamoru:
Wishlisht untuk my birthday nanti adalah.... Treadmill untuk exercise.. huhu. I lebiu.. muahs muahs!

Tuesday, February 26, 2013

Banyak keje

Sabar ya mr Blog. Banyak cerita nak update ni.

Now kerja tengah banyak. Maklumlah aritu duk amik cuti pi berjimba dalam hutan.

Later nah.

Wednesday, February 20, 2013

Gambar kat kampung

Ni semua gambar masa cuti CNY. Spend cuti kat Melaka.

Ariff & Amarr seronok sangat jumpa tanah. Nak berlari keluar aje kejenya.

Tak sabar nak duduk kat rumah atas tanah :)

Amarr yang lasak & berani.

Anak mummy yang ni memang seorang yang berani dan lasak sangat. Maybe sebab mummy pun buat xtvt lasak mendaki 2 gunung sekaligus masa Amarr baru 2 bulan dalam perut mummy.

Amarr sangat tough masa tu. Mujur badan mummy kuat. Dan mujur Tuhan bantu mummy dan selamatkan setiap langkah mummy masa mendaki tu. Sebab tu Amarr kukuh dalam tummy mummy.

Mummy ingat lagi masa tu. Masa mummy pergi mendaki gunung Tambuyukon & Trusmadi di Sabah.

Hari pertama mendaki gunung Trusmadi, mummy dah rasa penat yang amat. Sepanjang pendakian mummy jadi orang yang last sampai campsite. Mujur ada daddy, uncle Chua & uncle Talha temankan mummy trekking.

Hari ke-4 mendaki ke puncak Tambuyukon pula memang azabb sangat mummy rasa. Dengan hujan lebat masa nak turun dari puncak, mummy sungguh-sungguh tak larat. Hampir mummy nak paksa daddy buat kemsait emergency sebab mummy kesejukkan dan keletihan.

Tapi peralatan kami tak cukup untuk bermalam disitu sebab 3 orang team xpdc kami dah bawa turun lebih awal. Tinggal kami bertiga je dibelakang.

Mummy bersyukur sebab daddy tak putus-putus bagi kata-kata semangat walau daddy sendiri nampak letih sangat. Dan uncle Chua juga sabar duduk dibelakang mummy jadi sweeper.

Hampir tengah malam baru mummy jumpa team depan. Derang dah siap masakkan makanan untuk kami.

Hari ke-5 xpdc mummy ingat mummy boleh trekking dengan laju. Tapi mummy still tak larat. Sampai daddy terpaksa pikul haversack mummy. Dan mummy sendiri terpaksa trekking dengan 2 tongkat!

Sampai xpdc tamat mummy still tak perasan yang mummy pregnantkan Amarr tau. 2 hari lepas tu baru mummy tahu. Terkejut dan terduduk mummy bila dapat tahu. Mummy takut sesuatu jadi pada Amarr sebab mummy terlalu lasak. Tapi alhamdulillah. Amarr sihat sempurna.

Terima kasih Tuhan sebab hantar Amarr pada Mummy. Amarr sangat special buat mummy. Mummy sayang Amarr sangat-sangat!

Tuesday, February 19, 2013

Main sembunyi-sembunyi

Photos taken at KPJ Ampang Puteri while visiting uncle Muslim (my sister's FIL).

Ariff & Amarr playing hide and seek with their Pak Ngah (my brother).

Anak-anak saya yang comel :)

Monday, February 18, 2013

I miss u Mamoru, be safe.

Mamoru dah start kerja semula selepas seminggu bercuti. Awal pagi tadi dah bertolak ke Melaka.. wuwuwu...

Last month dapat spend cuti seminggu dengan Mamoru.

This month pun dapat spend seminggu dengan Mamoru (tho aku kerja macam biasa)

Next month no more... Kena akur jadi weekend wife.. wu wu wuu..

Kena tunggu bulan April baru dapat cuti-cuti lagi.. tssk.

Nemind.. nemind.. Aku kan tough (yelah sangatttt) :p~

Sunday, February 17, 2013

Progresif rumah baru III

Photos taken during CNY.

Pagar dah hampir siap. Cuma tinggal pagar depan rumah je belum dipasang. 

Lagi 7 bulan dah buleh dapat kunci :)


View depan rumah

View tepi & belakang rumah

Friday, February 15, 2013

Kenapa tak update blog seminggu?

Cuti adalah untuk family.

CNY ni, Mamoru cuti seminggu! Sangat best bila taim balik keje dijemput oleh Mamoru. Fefeeling macam 3 tahun lalu, saat aku pegi-balik keje diambil dan dihantar Mamoru.. oh~ kenangan.. tinggal lah kenangan.. mungkin boleh jadi kenyataan semula kalau aku transfer ke Melaka. Haih.

Aku ni, bila dikelilingi oleh orang yang aku sayang, memang blog nih aku tak pandang.. hihihi.

Macam malam ni. Mood nak update memang ada. Tapi bila tengok muka suci Ariff & Amarr yang tengah lena atas katil, rasa macam dipanggil-panggil untuk tidur peluk bebudak hensem ni.

Ok. Nak gi tatap wajah anak-anak yang tengah tidur sepuas-puasnya! Sangat best, tahu.

Friday, February 08, 2013

Happy 5th Anniversary!

Sedar tak sedar, dah setahun Mamoru keje kat Melaka. Maknanya, dah setahun jugak aku jadi weekend wife berjauhan dengan Mamoru.

Sejujurnya, tak terasa sangat setiap kali Mamoru balik Melaka. Maybe sebab Melaka dengan KL dekat kut.

Atau mungkin sebab Mamoru dah ada kat KL semula hari Jumaat dan balik ke Melaka pagi Isnin. Basicly, cuma 3 hari je lah aku tak jumpa dia dalam seminggu.

Atau mungkin sebab aku balik keje pun dah lewat. Pastu, layan keletah Ariff dan Amarr, kemas rumah, etc. Sibuk sampai tak ada masa nak fikir tentang distance antara aku dan Mamoru.

Atau mungkin juga sebab setiap kali berjumpa, Mamoru sentiasa penuhkan weekend aku dengan perkara menarik :)

Oh yess.. bercakap tentang perkara menarik, Mamoru dan aku dah plan memacam xtvt untuk kami buat sesama termasuklah outdoor xtvts and vacations for this year! Lovin it!

Anw, tahun ni genap 5 tahun usia perkahwinan kami!

Orang cakap, tempoh perkawinan dibawah 5 tahun adalah sangat tough. Dan kalau kita dapat melepasi dugaan sepanjang 5 tahun pertama, insyaAllah tahun-tahun seterusnya akan menjadi lebih mudah... *wink*

Buat Mamoru tersayang;

Happy 5th Anniversary!
Balik awal tau hari ni. Kita celebrate sesama. Drive carefully!

Love
aD

p/s: Hope you love the flower bouquet delivered to you this morning :)

Thursday, February 07, 2013

Rindu

Pada anak-anak
Pada Mamoru
Pada ayah
Pada adik-adik
Pada anak buah
Pada saudara yang lain semua

Rasa masa yang ada selalu tak cukup nak melepaskan rindu.

Indahnya dunia ini :)

Wednesday, February 06, 2013

Kak Nor

Sejak dua minnggu lepas, selain busy dengan rutin keje + jaga anak + job Makeupfreak, aku jugak busy ulang- alik ke HUKM. Melawat cousin Mamoru (Kak Nor)  yang kena warded sebab kanser Saraf atau nama saintifik dia Rabdamyosarcoma. Kanser jenis ni jenis rare. Tak banyak info yang aku dapat dalam internet.

Kesian Kak Nor. Sedih sangat bila dia cakap semangat dia dah hilang untuk hidup.

Aku tak pandai nak bagi nasihat tentang hidup dan mati pada Kak Nor. Tapi aku cuba sedaya aku untuk buat dia fikir positif. Aku cuba untuk lawat dia setiap kali aku ada masa. Sebagai tanda aku sentiasa ada disisi dia.

Aku cakap pada dia ada ramai survivor dari penyakit ni. Malah ada yang sembuh sepenuhnya. Yang ni, aku tak tipu sebab based atas real story yang aku baca kat internet.

Aku belikan buah durian belanda untuk Kak Nor makan (sebab ada info cakap buah ni penyembuh kanser) Now aku tengah cari daun Belalai Gajah dan buah avakado untuk dia.

Family Mamoru jauh kat Kuala Selangor. Nak berulang hehari ke HUKM susah. Aku yang duduk sekangkang kera dengan HUKM kena lah kenalah tolong semampu yang boleh.

Semoga Kak Nor kuat semangat dan cepat sembuh. Semoga Allah (swt) beri peluang untuk Kak Nor hidup lebih lama dan membesarkan anak-anak dia.

Amin.

Tuesday, February 05, 2013

Appraisal

Baru lepas buat appraisal dengan boss. Dia tak banyak komen. Which means semuanya ok.

Cuma dia cakap dia nak masukkan satu task baru dalam jobscope aku. So, pasni keje aku lebih pada product. The good thing is, cepat naik job grade. Dan yang tak bestnya, aku kena bergelumang dengan lebih banyak paperwork. Haih.

Minggu ni aku ke Ipoh. Job. Mana port makan best kat sana ek?


Monday, February 04, 2013

Seafood best kat Teluk Tempoyak, Penangc

Entry tertinggal. 

Nih port makan paling best aku jumpa kat Penang. Compare dengan kawasan seafood yang lain. Kawasan ni special sebab seafoodnya segar dari laut. Bukan yang beli kat pasar okeh. Bebetul depan restoran ni adalah jeti nelayan. Kalau siang, korang boleh lah tengok permandangan bot dan jeti kat sini.

Kalau pi Penang, singgahlah Adnan Hassan punya restoran seafood. Jarak dia dalam 10km dari Quensbay Mall. Menghala ke Bayan Lepas.

Makanan adalah fresh, murah dan sedepppppp!!!


Ikan fresh

View dalam kawasan kedai

Sedap weh. Aku sental sorang jah. Harga RM10

Fresh dan sedepppppp uols. Aku order 3 ekor je sebab Mamoru tak makan udang. Besau-besau udangnya..

Ketam bercili. Walaupun semua lauk adalah berasaskan cili, tapi rasa adalah berbeza. Yang ni cilinya ada tambah telur pecah kat dalam.. Pehhh.. sedap gila kuahnya. Harga RM18

Total harga semua makanan termasuk 2 coconut shake adalah RM68. Murah dan yang penting fresh dari laut dan sedepppppp!! Banyak gila lauk. Boleh makan 4 orang okeh. Sebu perut balik hotel lepas makan. Tapi sangat puas hati.

Siakap 3 rasa Adnan Hassan RM35 (siap masak) Besar ikannya. Murah dan sedappp sangat!
Credit joinme.com.my

Sunday, February 03, 2013

Family planning

Tajuk tak agak-agak kan.

Yep, aku sekarang tengah buat family planning. Maknanya, buat masa ni atau beberapa tahun akan datang (atau mungkin sampai ke akhirnya), aku berpuas hati dengan dua orang anak je.

Apa je orang nak cakap, e.g.;

*Tanak tambah anak ke?
*Tanak baby girl ke? etc.
*Tak takut sunyi bila dah tua nanti?

Aku seriously tanak layan dan tanak ambil hati pun. Aku bukan tak suka nak tambah umat Muhammad (saw) tapi pada aku, yang penting kualiti, bukan kuantiti.... *cewah*

.....plus, kos nak membesarkan anak sekarang adalah sangat mahal ok! Yer inilah hakikat sebenarnya.

Lagipun, aku tak sabar nak spend kualiti time dengan Mamoru bila anak-anak aku dah besau sikit nanti. Nak ganti balik masa yang hilang taim sibuk uruskan anak-anak. Nak togeder-geder macam dulu pegi melancong, aktif naik gunung, pegi umrah/haji taim kudrat masih kuat. Banyak tau planning aku. Tunggu perfect timing ja.

Berbalik pada tajuk. Panjang betul intro kali ni.

Ekceli, walaupun aku yer-yer buat family planning, aku tak penahlah pakai protection segala bagai. Tu pasal lah terbabas pegi mendaki gunung masa pregnantkan Amarr dulu.. huhu.

Semalam adalah first time dalam sejarah aku telan pil contraceptive atau pil perancang, kekdahnya.

First time beli pun iya jugak. Mamoru lah tukang belinya. Aku duduk dalam kereta je. Malu ok. Dah lah rupa aku macam bebudak. Kang orang ingat aku nak buat mender tak senonoh. Hish.

Padan muka Mamoru. Aku dah remind yang this few days is ovulation days. Tak sabau sangat kan, hambik. Kenalah tebalkan muka pegi farmasi.. hihihi.

Mamoru pun takde idea nak beli ubat yang macam mana. Dia just ambik yang amoi farmasi tu cadangkan "Emergency Pill". Aku tanya Mamoru, pil ni ada kesan effect tak? Dia jawab ntah. Nada suara macam marah je.. huhuhu. Sure dia tengah menahan malu.

Bukak je box ubat aku tengok ada sebijik pil je. Bungkusan dia macam kondom dengan sebijik pil kat tetengah. Macam perli aku je mender nih. Harga sebijik RM10.

Tahap keberkesanan tataw la kan sebab aku mana lah penah try. Tengok la nanti. Kalau berkesan, takde lah aku buat entry tentang pregnant dalam masa terdekat ni.. tsskk.

Friday, February 01, 2013

Candid dalam kerata

Gedik mak & anak dihari wilayah.

Ariff & Direction

Sejak akhir-akhir ni Ariff suka sangat pasang lagu kuat-kuat. Esp bila naik kereta. Bukan lagu kekanak tau. Tapi lagu yang kita orang dewasa layan.

Bila aku suruh slow kan, dia berkeras tak bagi. Ohhh ~ tekanan duduk dalam kereta dengan muzik berdentum-dentam memekakkan telinga.

Nih baru umur 3 tahun. Aku macam boleh imagine kalau dia dah remaja pastu pasang radio kekuat duduk dalam bilik dia nanti. Ohh no no no. Harap Ariff dijauhkan dari menjadi remaja yang lalai.

Semoga Ariff membesar jadi anak yang pintar dan soleh.

Cuba teka ini adalah apa?

              ----->>

Jawapan Aku: Arrow
Jawapan Ariff: Turn Right!

Jawapan yang kreatif. I like!

Ariff dah pandai direction. Berkat daddy ajar setiap kali dia duduk kat kerusi depan bila daddy drive.

Sekarang dia lebih hebat. Suruh daddy turn left or right bila sampai simpang. Pastu suruh daddy slowdown kalau jarak dengan kereta depan dekat sangat.

Bila nampak lampu merah suruh stop. Green suruh go. Dan bila yellow, Ariff jerit suruh stanby. Comel je. Kengkadang sampai bertekak dengan daddy pasal jalanraya punya rules.. haha.

Vocab Ariff semakin luas. Selalu aku dengar dia main sengsorang sambil speaking in english. Borak dengan Amarr pun dalam english.

Amarr dah pandai cakap sikit-sikit. Aritu dia main hide & seek dengan aku. Dia cakap, "Mummy, where are you". Walau dia cakap dengan nada pelat tapi aku tetap impress dengan intonasi dan sebutan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...