KENGKAWAN

Wednesday, February 20, 2013

Amarr yang lasak & berani.

Anak mummy yang ni memang seorang yang berani dan lasak sangat. Maybe sebab mummy pun buat xtvt lasak mendaki 2 gunung sekaligus masa Amarr baru 2 bulan dalam perut mummy.

Amarr sangat tough masa tu. Mujur badan mummy kuat. Dan mujur Tuhan bantu mummy dan selamatkan setiap langkah mummy masa mendaki tu. Sebab tu Amarr kukuh dalam tummy mummy.

Mummy ingat lagi masa tu. Masa mummy pergi mendaki gunung Tambuyukon & Trusmadi di Sabah.

Hari pertama mendaki gunung Trusmadi, mummy dah rasa penat yang amat. Sepanjang pendakian mummy jadi orang yang last sampai campsite. Mujur ada daddy, uncle Chua & uncle Talha temankan mummy trekking.

Hari ke-4 mendaki ke puncak Tambuyukon pula memang azabb sangat mummy rasa. Dengan hujan lebat masa nak turun dari puncak, mummy sungguh-sungguh tak larat. Hampir mummy nak paksa daddy buat kemsait emergency sebab mummy kesejukkan dan keletihan.

Tapi peralatan kami tak cukup untuk bermalam disitu sebab 3 orang team xpdc kami dah bawa turun lebih awal. Tinggal kami bertiga je dibelakang.

Mummy bersyukur sebab daddy tak putus-putus bagi kata-kata semangat walau daddy sendiri nampak letih sangat. Dan uncle Chua juga sabar duduk dibelakang mummy jadi sweeper.

Hampir tengah malam baru mummy jumpa team depan. Derang dah siap masakkan makanan untuk kami.

Hari ke-5 xpdc mummy ingat mummy boleh trekking dengan laju. Tapi mummy still tak larat. Sampai daddy terpaksa pikul haversack mummy. Dan mummy sendiri terpaksa trekking dengan 2 tongkat!

Sampai xpdc tamat mummy still tak perasan yang mummy pregnantkan Amarr tau. 2 hari lepas tu baru mummy tahu. Terkejut dan terduduk mummy bila dapat tahu. Mummy takut sesuatu jadi pada Amarr sebab mummy terlalu lasak. Tapi alhamdulillah. Amarr sihat sempurna.

Terima kasih Tuhan sebab hantar Amarr pada Mummy. Amarr sangat special buat mummy. Mummy sayang Amarr sangat-sangat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...