Sunday, February 03, 2013

Family planning

Tajuk tak agak-agak kan.

Yep, aku sekarang tengah buat family planning. Maknanya, buat masa ni atau beberapa tahun akan datang (atau mungkin sampai ke akhirnya), aku berpuas hati dengan dua orang anak je.

Apa je orang nak cakap, e.g.;

*Tanak tambah anak ke?
*Tanak baby girl ke? etc.
*Tak takut sunyi bila dah tua nanti?

Aku seriously tanak layan dan tanak ambil hati pun. Aku bukan tak suka nak tambah umat Muhammad (saw) tapi pada aku, yang penting kualiti, bukan kuantiti.... *cewah*

.....plus, kos nak membesarkan anak sekarang adalah sangat mahal ok! Yer inilah hakikat sebenarnya.

Lagipun, aku tak sabar nak spend kualiti time dengan Mamoru bila anak-anak aku dah besau sikit nanti. Nak ganti balik masa yang hilang taim sibuk uruskan anak-anak. Nak togeder-geder macam dulu pegi melancong, aktif naik gunung, pegi umrah/haji taim kudrat masih kuat. Banyak tau planning aku. Tunggu perfect timing ja.

Berbalik pada tajuk. Panjang betul intro kali ni.

Ekceli, walaupun aku yer-yer buat family planning, aku tak penahlah pakai protection segala bagai. Tu pasal lah terbabas pegi mendaki gunung masa pregnantkan Amarr dulu.. huhu.

Semalam adalah first time dalam sejarah aku telan pil contraceptive atau pil perancang, kekdahnya.

First time beli pun iya jugak. Mamoru lah tukang belinya. Aku duduk dalam kereta je. Malu ok. Dah lah rupa aku macam bebudak. Kang orang ingat aku nak buat mender tak senonoh. Hish.

Padan muka Mamoru. Aku dah remind yang this few days is ovulation days. Tak sabau sangat kan, hambik. Kenalah tebalkan muka pegi farmasi.. hihihi.

Mamoru pun takde idea nak beli ubat yang macam mana. Dia just ambik yang amoi farmasi tu cadangkan "Emergency Pill". Aku tanya Mamoru, pil ni ada kesan effect tak? Dia jawab ntah. Nada suara macam marah je.. huhuhu. Sure dia tengah menahan malu.

Bukak je box ubat aku tengok ada sebijik pil je. Bungkusan dia macam kondom dengan sebijik pil kat tetengah. Macam perli aku je mender nih. Harga sebijik RM10.

Tahap keberkesanan tataw la kan sebab aku mana lah penah try. Tengok la nanti. Kalau berkesan, takde lah aku buat entry tentang pregnant dalam masa terdekat ni.. tsskk.

3 comments:

imal's said...

salam kak,

saya rasa pil ni yg jenis untuk taim kita bersama tu kan. Sbb tu dia sebijik je n emergency.

Miss B said...

hhaha..kelakar la kau long. Lain kali tanye mmakk..hehe. Kalu terrrr.. selalunya aku amik Pastinor II. Serta merta workin. Hewhew..awat ler kau x buat implant je..senang. Tanam je dlm kulit..mudahh. err..nk pi buat ajak aku..kekeke

Ira Khazali said...

semua pil perancang ada kesan yg tak berapa nak elok tapi kan postionor ni terlalu kuat n semua doktor yang i tanya tak mencadangkan postionor sebab kesan dia pada badan n rahim sangat teruk.. sebenarnya tak tau nak buat ayat yg sesuai.. tp cubelah yg terbaik untk diri.. kdang2 lain org lain kesannya..