Friday, February 08, 2013

Happy 5th Anniversary!

Sedar tak sedar, dah setahun Mamoru keje kat Melaka. Maknanya, dah setahun jugak aku jadi weekend wife berjauhan dengan Mamoru.

Sejujurnya, tak terasa sangat setiap kali Mamoru balik Melaka. Maybe sebab Melaka dengan KL dekat kut.

Atau mungkin sebab Mamoru dah ada kat KL semula hari Jumaat dan balik ke Melaka pagi Isnin. Basicly, cuma 3 hari je lah aku tak jumpa dia dalam seminggu.

Atau mungkin sebab aku balik keje pun dah lewat. Pastu, layan keletah Ariff dan Amarr, kemas rumah, etc. Sibuk sampai tak ada masa nak fikir tentang distance antara aku dan Mamoru.

Atau mungkin juga sebab setiap kali berjumpa, Mamoru sentiasa penuhkan weekend aku dengan perkara menarik :)

Oh yess.. bercakap tentang perkara menarik, Mamoru dan aku dah plan memacam xtvt untuk kami buat sesama termasuklah outdoor xtvts and vacations for this year! Lovin it!

Anw, tahun ni genap 5 tahun usia perkahwinan kami!

Orang cakap, tempoh perkawinan dibawah 5 tahun adalah sangat tough. Dan kalau kita dapat melepasi dugaan sepanjang 5 tahun pertama, insyaAllah tahun-tahun seterusnya akan menjadi lebih mudah... *wink*

Buat Mamoru tersayang;

Happy 5th Anniversary!
Balik awal tau hari ni. Kita celebrate sesama. Drive carefully!

Love
aD

p/s: Hope you love the flower bouquet delivered to you this morning :)

No comments: