KENGKAWAN

Friday, March 29, 2013

Movie nite with Mamoru

Sesekali dapat keluar dating berdua memang best. Tetiba terasa diri muda remaja.

Gigih ok keluar dating pakai heels 5 inci! Walhal dah lebih 2 tahun aku tak sentuh high heels. Pegi keje pun pakai sport shoes (sometimes, pakai hiking shoes..haha, gila). Mamoru cakap aku nampak tinggi & seksi.. huahuahua. Guess, berbaloi jugaklah pujian tu tho hampir semua jari kaki aku blister malam tadi.. wuwuwuuu..

Thanks Mamoru sanggup drive dari Melaka untuk 'date' malam tadi. I really enjoyed the movie and your company.

xoxo

Wednesday, March 27, 2013

Bahasa

Situasi: Dalam kereta

Ariff talking to Amarr.

Ariff: Amarr, Amarr look, Ayep grande (pointing to his chest then pointing to Amart), Amarr pequeno.

Amarr: Pequeno!

Ariff: Ayep grande, Amarr pequeno!

Ariff & Amarr repeated this conversation over and over again.

Sampai Daddy yang tengah drive jadi curious and puzzled.

Daddy: Ariff cakap apa ni? Daddy tak faham.

Mummy menyampuk: Ariff cakap, Ariff besar, Amarr kecil.

Daddy: Wow.. mummy faham apa Ariff cakap?

Mummy: Amik masa jugak la nak fahamkan apa yang anak-anak daddy ni cakap. Lucky aD teringat waiter kat Starbucks duk tanya nak grande cup ke small cup.. thats how I figure it out. Your kids dah start learn Spanish.

Daddy: Mana derang belajar ni?

Mummy: Dora the explorer.

Note: Bukan setakat Spanish, Dalam masa yang sama Ariff turut belajar few words dlm bahasa Cina, Korean, etc. Haih, penangan youtube. Asal dapat tengok kartun, tak kira dalam bahasa apa, dia layankan aje. Tu yang gitu jadinya.

Fenat

Tiga hari. Masuk hari ni dah 3 hari beb keje aku overloaded kat ofis. Sampai aku mushkil aku duduk kat department mana sebab terlalu multitasking.

Semalam paling ekstreme. Sampai nak muntah aku menghadap skrin pc. Rasa kepala nak exploded pun ada. Balik rumah, aku bantai tido awal. Gila lah. Kesian kat Ariff & Amarr.

Nemind nemind.. another one more week, and I'll be away for a while. Spending time doing what I love most - hiking & climbing! Paling penting, nak spend masa jenjalan dengan hero-hero kecik!

Ohhh.. cepat lah.. cepat lah next week!

Saturday, March 23, 2013

Rumah baru dah siap!

Yey yey yey yehhh!

Baru dapat surat dari developer stated rumah yang aku beli tu dah siap!

Now tunggu CF dan nexttt kunci umah pulak. Wawaowawao..

In second tot... Huiii, pasni banyak duit nak keluauuu. Duit nak tukau master title ke atas individual title, duit deposit air, letrik. Duit nak beli bulb lampu, paip air. Duit pasang grill. Duit renovate dapoq. Duit itu, duit ini... Haih.. urut dada kejap.

Thursday, March 21, 2013

Esok

Esok sure busy kat Kuala Selangor.

Adik ipar aku yang bongsu nak kahwin. Memandangkan family Mamoru tak la sebesar mana, kederat semua orang amat lah diperlukan.

Haih. Aku tak risau pasal nak buat semua persiapan dalam keadaan demam. Tapi aku risau kat Ariff & Amarr. Derang pun tak sihat sangat. Siapa la nak tengok-tengok derang bila aku berkungtau dengan kerja dapur nanti. Mamoru busy jadi official photoghapher. Haih lagi.

Tak suka lah demam wrong timing ni. Harap semua cepat sembuh.

Oh lupa nak inform, next week Hijabfreak ada buka booth kat area Tesco Ampang. Ada free Makeup Makeover untuk customer yang beli tudung dari Hijabfreak RM150 ke atas (single receipt). Makeup tu kena claim kat booth Hijabfreak pada hari yang sama. Nanti aku bagi detail alamat booth ek :)

Multiply

So I heard.

Multiply has officially closed (finally).

Do I feel sad? Nope, not really. I already deleted my accounts months ago. So, I save my feeling from the hurt.

Still, I'm going to miss it! Thanks Multiply, for whatever.

Cuti pendek di Fraser Hill


Genap sebulan gambar ni diambil baru nak publish kat sini.. huhu 

Nih masa short gateaway ke Fraser Hill dalam dalam bulan February aritu. Spent cuti kat old banglow kat atas tu.

Dan siapa cakap Fraser Hill tak sejuk? Seriyes sejuk gila ok. Kami siap on heater 24 jam sebab tak tahan sejuk. 

Layan kan je cerita bergambar kat bawah ni:

Main lempar selipar. Best weh.. dah lama tak jadi bebudak. 

BBQ ni adalah terbaik. Yours truly yang marinate tau.. hihihi. BerBBQ dalam hujan sepoi-sepoi bahasa. Serrjuklkkkkkk...  Memasing lahap kambeng tak hingat.. nak panas kan badan katakan.. huhuhu

Antara menu dinner: Steambot.. Sangat berselera makan taim sejuk-sejuk ni..

Meriah kan deco makanan ni. Persis hotel tak? hahahahaha

BBQ in the making :)

Antara xtvt lain kat puncak Fraser Hill.. trekking ke Pine Tree Hill.. aku tak join sebab nak jaga hero-hero kecik :)


Starting point trek Pine Tree Hill
Yours truly punya gambar menempel musti ada sekali.. 


Wednesday, March 20, 2013

Demam

Pukul 3 petang baru nak hegeh-hegeh pegi klinik kat level 30 amik MC. Lagi berapa jam je nak habis ofis hour. Macam tak worth je MC hari ni.

Tapi takper.. tak kisah pun sebab esok punya MC pun aku dah tapau sekali..huhu.

*******************

Baru lepas on the phone dengan Teacher Ariff di GA. Dia sedih bila dapat tahu bulan ni Ariff last belajar di GA.

Ariff student yang pandai dan cepat belajar. Dia sedih sebab tak dapat jumpa Ariff lagi. Aku lagi lahhh sedihh. Aku sayang orang yang sayangg anak-anak aku. Bila dia cakap camtu, terus aku rasa nak nangis.

Tapi nak buat macam mana. Aku suka GA tapi aku bukan fulltime house wife yang boleh hantar dan Ambil Ariff kat GA.

Nak guna maid, aku tak sanggup. Kang kalau maid tu dera anak-anak aku, kalau tak dia, aku yang masuk lokap sebab terajang dia.

Harap sekolah baru Ariff nanti kalau tak lebih pun, at least setanding dengan GA. Dan paling penting, harap Ariff dapat Teacher yang sayangkan dia kat tempat baru nanti. Amin.

Friday, March 15, 2013

Tentang ayah

Lately ni adik bongsu aku dah beberapa call tanya bila nak balik. Sure ayah yang suruh dia call. Yelah, takkan ayah nak call direct. Aku faham sangat perangai ayah. Dia tak suka buat anak-anak dia serba salah.

Comei je alasan adik bongsu aku suh balik, "Kalau kak Long balik, Syina nak ajak kak Long pegi main galah panjang, konda-kondi, batu seremban".

Note: Kampung aku sekarang ni ada event belia aperntah (hahaha.. nampak sangat jarang balik kampung). Derang anjurkan memacam games tradisi, sukaneka, paintball etc.

Bercakap pasal ayah, tetiba datang rindu.

Tahun ni usia ayah genap 58 tahun. Rambut dah penuh uban tapi badan masih tegap. Maklum lah, ayah buat keja kampung. Kuat betul ayah membajak, mencangkul, bertani segala. Sampai badan ayah hitam je asyik berjemur hehari.

Bila fikir tentang dulu-dulu, aku rasa kagum dengan semangat ayah membesarkan kami 8 beradik lepas arwah ibu meninggal. Walau hidup serba kekurangan, ayah tak pernah tinggalkan tanggungjawab untuk jaga dan sekolahkan semua anak-anak dia. Haih.. ayah. Sayu je hati bila terkenangkan ayah.

Aku ada satu hadiah nak kasi kat ayah. Tapi sekarang tak mampu lagi. InsyaAllah, awal tahun depan, aku hadiahkan untuk ayah. Semoga murah rezeki ayah nanti.

Semoga Tuhan panjangkan umur ayah dan beri ayah kesihatan yang baik supaya aku berpeluang untuk balas semua jasa ayah pada aku dan adik-adik. Amin.

Thursday, March 14, 2013

IC hilang

Ntah mana lah aku campakkan IC aku dengan MyKid Amarr. Tak pepasal nak kena buat baru. Haih.

Nasib baik Ariff punya aku simpan kat tempat lain. Kalau tak semua nak kena buat baru.. aduyaii.. cuainya aku ni.

Tuesday, March 12, 2013

Tentang Ariff & Amarr

Starting esok, aku nak ubah sikit tebiat di waktu pagi. Nak set badan ni bangun seawal 4 pagi.

Ekceli sekarang ni pun bangun awal gak. Pukul 6 dah terjaga. Tapi bangun kul 6 pagi just cukup-cukup je masa untuk aku bersiap dan hantar Ariff & Amarr ke rumah babysitter (tanpa sempat mandikan derang).

Kalau nak mandikan derang, aku perlukan masa sejam atau sejam setengah lagi untuk bersiap. Nak kejut dan mandikan budak kecik bukan senang beb.

Derang bukan baby lagi. Kalau baby, kita boleh sesuka hati nak buat macam mana pun. Baby paling kuat pun just menangis.

Aku macam dah dapat bayangkan macam mana kalau aku paksa Ariff & Amarr mandi. Konpem drama air mata punya lah. Lepas tu drama jerit-jerit histeria sambil baling botol bedak.. Tu tak termasuk drama dedua mogok tanak berjalan. Bila didukung, pakat meronta-ronta. Haih. Kalau sorang meronta, aku boleh tahan lagi. Kalau dedua??? Boleh pingsan ok.

Kena banyakkk sabar dealing dengan bebudak kecik ni. Kalau rasa-rasa nak hilang sabar, selalunya aku masuk dalam bilik, tutup pintu dan duduk dendiam sengsorang. Ada juga aku ter-babab kat tapak tangan/kaki derang. Tak kuat pun. Tapi, aku tak suka guna cara rotan-rotan ni. Paling aku tak suka bila tengok derang ketakutan/menangis bila aku mengamuk. Its hurt me so much, emotionally. Aku prefer cara lembut. Nasihat.

Aku bernasib baik jugalah sebab anak-anak aku kalau cranky, derang just menangis & menjerit. Aku dengar anak orang lain lagi ekstreme sampai hantuk kepala or kaki sendiri ke dinding or lantai sampai berdarah. Huiii minta dijauhkannn!

Biasanya kalau Ariff tengok aku senyap tahan marah, dia akan datang kat aku dan cakap "mummy, sorry. Ariff tak buat lagi".. walaupun yang salah tu Amarr, dia akan tetap say sorry juga. Amarr belum pandai minta maaf lagi. Tapi kalau aku tak hiraukan dia, mula lah dia datang nak kiss, duduk atas pangku, tarik muka aku suh tengok muka dia..

Haih.

Bebudak usia 4 tahun kebawah ni memang sangat-sangatttt menguji kesabaran.

Tapi part yang best tu, derang juga lah yang banyak bagi kegembiraan pada aku. They have some sort of magic. Every little things yang derang buat, mampu buat aku tersenyum walau dalam keadaan marah/sedih.

Teringat satu malam tu bila Ariff tanak tidur sebab nak layan youtube fav dia kat laptop. Taim tu dah tengah malam, dia masuk bilik pastu suruh aku fix laptop dia sebab aper ntah, tak ingat (normally dia pandai operate sendiri). Aku bebuat tido. Dia jerit-jerit pun aku buat derk je. Sekalik dia tukar strategi pulakkkkk... Dia dekatkan muka dia kat pipi aku pastu cakap slow je;

"please mummy, please, please..."

Jam-jam tu jugak aku bangun. Terpanah hati ni tau dengan choice ayat yang dia pilih dan intonasi suara dia. Mamoru yang sesama bebuat tido pun boleh gelakkan aku sebab tewas dengan pujukkan Ariff. Haih. Anak oh anak..

Apapun, esok derang kena start bangun dan mandi taim subuh.

Pukul 4 pagi untuk aku mengemas, bersiap dan mandi. Pukul 5 - 6 pagi start kejutkan derang. Kena bagi gap sejam untuk derang bangun, kalau tak derang throw tantrum. Pukul 6 mandi.

Starting 1st April, Ariff & Amarr masuk BBIM. So, kena praktik new routine sebelum start kelas baru.

Fuhhh..

Nemind.. nemind.. I can do this all by myself.

Dont worry ya, Mamoru. I'm going to take good care kat our little angels.

Sunday, March 10, 2013

Bowling dengan kengkawan

Dah lama teringin nak main bowling. Bukan aku yang teringin. Tapi, Ariff tuuu.. 

Terima kasih kat kengkawan Mamoru sebab organize games ni. Ekceli gambar ni pun milik cik Qemm http://purplechoc85.blogspot.com. Aku amik kat facebook.. huhuhu. Aku mana lah sempat nak keluar kamera. Mata kena sentiasa focus kat Ariff & Amarr yang pantang terdedah dengan tetempat luas dan lapang. Memang laju je kaki derang berlari. Nak berborak dengan memember pun payah. Kalau dapat borak pun, konpem orang ingat aku macam tak berminat nak borak. No eye contact. Pastu kekejap bangun, kekejap duduk. Mana taknya uols, mata ni tak boleh lepa pandang dua beradik tu. Sesaat mata aku kelain, berdesup depa bukak langkah seribu. Haih.

Tapi sayang sikit lah, bowling kat Wangsa Walk ni takde lane untuk bebudak. Penat je Mamoru book satu lane khas untuk Ariff & Amarr. Bola asyik ke longkang sesajer.. wu wu wuuu. Nasib laa staff bowling kat situ sabar bila asyik kena pungut bola yang stuck dalam longkang. Nak buat caner lane kekanak takde.

Apa pung, seronok jumpa kengkawan lama. Cuma yang tak sonoknya, bila tak dapat nak berborak lama.. huhuhuhu. Sabau ye kengkawan. Tunggu Ariff & Amarr besau sikit, baru panjang langkah iols ni :)

Layan gambar yang cik Qemm snap kat bawah ni je lah. Iols nak tido...


Mamoru & Shah (Makin sihat Shah sekarang. Dulu masa aku first blog pasal dia kena tepek kek, aku rasa macam kecik sikit.. hihihihi.. eh terngumpat la Shah.. ahahahah) 

Taim ni baik je Ariff dengan Amarr. Baru sampai. Warm up pun belum lagi.

Hah... ni baru warm up. Memacam gaya.

Mamoru in action. Hensem pulak Mamoru ni daripandangan belakang. Depan apatah lagi kan... hihihihi. 

Dengan pelari tegar cik Aisya. Baik budaknya ni. Comel, kelakar, single lagik.. hihihihi.

Dua kali jari Amarr tersepit main bola bowling ni. Tapi ada dia serik???? Nan ado ok. 

Mujur adik lelaki no.5 datang join lane Ariff & Amarr. Kalau tak, point derang flat je lah. Ke longkang sesajer bolanya.

Taim ni memasing naik sheikh. Kasut stokin dah kemana. Kaki ayam okeh. Pastu berlari dari hujung ke hujung bowling area ni. Parah.. parah.. Anak siapa lah ni.

Shah yang tolong jaga the kids bila tiba turn Mamoru main. 

Amarr in action. Baling dengan tangan boleh, sepak dengan kaki pun bolehhhhh..
Ariff in action pulak.. Suka betul dia main bowling ni. Ada sekali bola dia dapat hit pin, kemain lagi melompat happy

Amarr yang tak menyabo nak balik bola. 

Pengaruh daddy derang la ni.. kaki bowling.

Togeder-geder - Theme Red.

Wireless security

Line Unify kat umah ni selalu sangat orang luar 'tumpang' atau 'curi'.

Memang Mamoru ada letak password. Tapi biasalah, setakat password, senang je orang nak disable-kan.

Memula tu aku tak heran sangat orang nak 'tumpang' connection unify ni. Yelah, sejak Mamoru keje kat Melaka, dah jarang aku online kat umah. Blogging ni pun thru henfon.. line Digi.

Tapi, bila line unify makin slow sampai effect kat channel favourite Ariff & Amarr (Nick Jr - subscribe dari Unify), hanginnn lah aku beb. Pengsan aku nak memujuk. Derang bukan faham kalau aku cakap connection slow ke haper. Stress ok.

So, start malam semalam, proses membuat wireless security dah bermula (oleh incik Mamoru). Kata Mamoru hanya pc / laptop / henfon yang Mamoru setting je boleh connect dengan Unify umah ni.

Bagus. Bagus. Tak boleh la penchuri-penchuri cyber ni nak dapat free-ride lagi. Sampai disini charity dari kami.. huhu.

Untuk permulaan, Mamoru bagi access kat laptop Amarr, laptop Ariff, laptop Mamoru & laptop adik lelaki no.7. Desktop aku problem jadi nak boleh nak include sekali.. huhuhu.

Sunday, March 03, 2013

Brooks Marathon 10 km

My first marathon for this year.
More to come! Best. Best. Best.
Tak traning satu haper pun. So, lari slow and steady je lah. Last 3 km sebelum garisan penamat aku telah sesuka hati tukar marathon ni jadi walkathon.. hihi.
Nak paksa kaki ni berlari boleh je tapi ko nak tanggung risiko terkengkang-kengkang gi ofis? Tak sanggup aku. Malu ok jalan kengkang naik LRT.
Lari kali ni best sebab Mamoru lari ikut aku punya pace. Itu pun kekejap dia duk toleh- toleh belakang cari bini dia yang jauh tercicir.. huahuahua. Nampak sangat stamina aku kelaut!
Aisya kali ni memang power sebab menonong tinggalkan kitaorang kat belakang. Aku & Mamoru catat masa 1 jam 25 minit untuk habiskan 10km. Ekceli kalau Mamoru tak tunggu aku sure dia punya timing lebih ok dari tu. Cik Eriey pun sempat potong kami last minit. Power. Power.
Selebihnya layan gambau gedik aku kat bawah ni :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...