KENGKAWAN

Sunday, March 10, 2013

Bowling dengan kengkawan

Dah lama teringin nak main bowling. Bukan aku yang teringin. Tapi, Ariff tuuu.. 

Terima kasih kat kengkawan Mamoru sebab organize games ni. Ekceli gambar ni pun milik cik Qemm http://purplechoc85.blogspot.com. Aku amik kat facebook.. huhuhu. Aku mana lah sempat nak keluar kamera. Mata kena sentiasa focus kat Ariff & Amarr yang pantang terdedah dengan tetempat luas dan lapang. Memang laju je kaki derang berlari. Nak berborak dengan memember pun payah. Kalau dapat borak pun, konpem orang ingat aku macam tak berminat nak borak. No eye contact. Pastu kekejap bangun, kekejap duduk. Mana taknya uols, mata ni tak boleh lepa pandang dua beradik tu. Sesaat mata aku kelain, berdesup depa bukak langkah seribu. Haih.

Tapi sayang sikit lah, bowling kat Wangsa Walk ni takde lane untuk bebudak. Penat je Mamoru book satu lane khas untuk Ariff & Amarr. Bola asyik ke longkang sesajer.. wu wu wuuu. Nasib laa staff bowling kat situ sabar bila asyik kena pungut bola yang stuck dalam longkang. Nak buat caner lane kekanak takde.

Apa pung, seronok jumpa kengkawan lama. Cuma yang tak sonoknya, bila tak dapat nak berborak lama.. huhuhuhu. Sabau ye kengkawan. Tunggu Ariff & Amarr besau sikit, baru panjang langkah iols ni :)

Layan gambar yang cik Qemm snap kat bawah ni je lah. Iols nak tido...


Mamoru & Shah (Makin sihat Shah sekarang. Dulu masa aku first blog pasal dia kena tepek kek, aku rasa macam kecik sikit.. hihihihi.. eh terngumpat la Shah.. ahahahah) 

Taim ni baik je Ariff dengan Amarr. Baru sampai. Warm up pun belum lagi.

Hah... ni baru warm up. Memacam gaya.

Mamoru in action. Hensem pulak Mamoru ni daripandangan belakang. Depan apatah lagi kan... hihihihi. 

Dengan pelari tegar cik Aisya. Baik budaknya ni. Comel, kelakar, single lagik.. hihihihi.

Dua kali jari Amarr tersepit main bola bowling ni. Tapi ada dia serik???? Nan ado ok. 

Mujur adik lelaki no.5 datang join lane Ariff & Amarr. Kalau tak, point derang flat je lah. Ke longkang sesajer bolanya.

Taim ni memasing naik sheikh. Kasut stokin dah kemana. Kaki ayam okeh. Pastu berlari dari hujung ke hujung bowling area ni. Parah.. parah.. Anak siapa lah ni.

Shah yang tolong jaga the kids bila tiba turn Mamoru main. 

Amarr in action. Baling dengan tangan boleh, sepak dengan kaki pun bolehhhhh..
Ariff in action pulak.. Suka betul dia main bowling ni. Ada sekali bola dia dapat hit pin, kemain lagi melompat happy

Amarr yang tak menyabo nak balik bola. 

Pengaruh daddy derang la ni.. kaki bowling.

Togeder-geder - Theme Red.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...