KENGKAWAN

Friday, March 01, 2013

Rindukan keamanan


Tetiba rajin baca pasal sejarah sultan sulu di Sabah. Baru paham. Alah, jangankan Sulu, Melaka pun gamai yang mengaku waris sultan nak tuntut title, hak segala bagai. Tapi jangan lah extreme sampai jadi kat Sabah ni. Harap konflik tamat cepat. Den nak poie Sabah dengan aman. Buat yang berkelahi dan buat para pengundi yang bakal mengundi tak lama lagi, meh dengar lagu nih meh..

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi telah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah lalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...