KENGKAWAN

Tuesday, March 12, 2013

Tentang Ariff & Amarr

Starting esok, aku nak ubah sikit tebiat di waktu pagi. Nak set badan ni bangun seawal 4 pagi.

Ekceli sekarang ni pun bangun awal gak. Pukul 6 dah terjaga. Tapi bangun kul 6 pagi just cukup-cukup je masa untuk aku bersiap dan hantar Ariff & Amarr ke rumah babysitter (tanpa sempat mandikan derang).

Kalau nak mandikan derang, aku perlukan masa sejam atau sejam setengah lagi untuk bersiap. Nak kejut dan mandikan budak kecik bukan senang beb.

Derang bukan baby lagi. Kalau baby, kita boleh sesuka hati nak buat macam mana pun. Baby paling kuat pun just menangis.

Aku macam dah dapat bayangkan macam mana kalau aku paksa Ariff & Amarr mandi. Konpem drama air mata punya lah. Lepas tu drama jerit-jerit histeria sambil baling botol bedak.. Tu tak termasuk drama dedua mogok tanak berjalan. Bila didukung, pakat meronta-ronta. Haih. Kalau sorang meronta, aku boleh tahan lagi. Kalau dedua??? Boleh pingsan ok.

Kena banyakkk sabar dealing dengan bebudak kecik ni. Kalau rasa-rasa nak hilang sabar, selalunya aku masuk dalam bilik, tutup pintu dan duduk dendiam sengsorang. Ada juga aku ter-babab kat tapak tangan/kaki derang. Tak kuat pun. Tapi, aku tak suka guna cara rotan-rotan ni. Paling aku tak suka bila tengok derang ketakutan/menangis bila aku mengamuk. Its hurt me so much, emotionally. Aku prefer cara lembut. Nasihat.

Aku bernasib baik jugalah sebab anak-anak aku kalau cranky, derang just menangis & menjerit. Aku dengar anak orang lain lagi ekstreme sampai hantuk kepala or kaki sendiri ke dinding or lantai sampai berdarah. Huiii minta dijauhkannn!

Biasanya kalau Ariff tengok aku senyap tahan marah, dia akan datang kat aku dan cakap "mummy, sorry. Ariff tak buat lagi".. walaupun yang salah tu Amarr, dia akan tetap say sorry juga. Amarr belum pandai minta maaf lagi. Tapi kalau aku tak hiraukan dia, mula lah dia datang nak kiss, duduk atas pangku, tarik muka aku suh tengok muka dia..

Haih.

Bebudak usia 4 tahun kebawah ni memang sangat-sangatttt menguji kesabaran.

Tapi part yang best tu, derang juga lah yang banyak bagi kegembiraan pada aku. They have some sort of magic. Every little things yang derang buat, mampu buat aku tersenyum walau dalam keadaan marah/sedih.

Teringat satu malam tu bila Ariff tanak tidur sebab nak layan youtube fav dia kat laptop. Taim tu dah tengah malam, dia masuk bilik pastu suruh aku fix laptop dia sebab aper ntah, tak ingat (normally dia pandai operate sendiri). Aku bebuat tido. Dia jerit-jerit pun aku buat derk je. Sekalik dia tukar strategi pulakkkkk... Dia dekatkan muka dia kat pipi aku pastu cakap slow je;

"please mummy, please, please..."

Jam-jam tu jugak aku bangun. Terpanah hati ni tau dengan choice ayat yang dia pilih dan intonasi suara dia. Mamoru yang sesama bebuat tido pun boleh gelakkan aku sebab tewas dengan pujukkan Ariff. Haih. Anak oh anak..

Apapun, esok derang kena start bangun dan mandi taim subuh.

Pukul 4 pagi untuk aku mengemas, bersiap dan mandi. Pukul 5 - 6 pagi start kejutkan derang. Kena bagi gap sejam untuk derang bangun, kalau tak derang throw tantrum. Pukul 6 mandi.

Starting 1st April, Ariff & Amarr masuk BBIM. So, kena praktik new routine sebelum start kelas baru.

Fuhhh..

Nemind.. nemind.. I can do this all by myself.

Dont worry ya, Mamoru. I'm going to take good care kat our little angels.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...