KENGKAWAN

Friday, March 15, 2013

Tentang ayah

Lately ni adik bongsu aku dah beberapa call tanya bila nak balik. Sure ayah yang suruh dia call. Yelah, takkan ayah nak call direct. Aku faham sangat perangai ayah. Dia tak suka buat anak-anak dia serba salah.

Comei je alasan adik bongsu aku suh balik, "Kalau kak Long balik, Syina nak ajak kak Long pegi main galah panjang, konda-kondi, batu seremban".

Note: Kampung aku sekarang ni ada event belia aperntah (hahaha.. nampak sangat jarang balik kampung). Derang anjurkan memacam games tradisi, sukaneka, paintball etc.

Bercakap pasal ayah, tetiba datang rindu.

Tahun ni usia ayah genap 58 tahun. Rambut dah penuh uban tapi badan masih tegap. Maklum lah, ayah buat keja kampung. Kuat betul ayah membajak, mencangkul, bertani segala. Sampai badan ayah hitam je asyik berjemur hehari.

Bila fikir tentang dulu-dulu, aku rasa kagum dengan semangat ayah membesarkan kami 8 beradik lepas arwah ibu meninggal. Walau hidup serba kekurangan, ayah tak pernah tinggalkan tanggungjawab untuk jaga dan sekolahkan semua anak-anak dia. Haih.. ayah. Sayu je hati bila terkenangkan ayah.

Aku ada satu hadiah nak kasi kat ayah. Tapi sekarang tak mampu lagi. InsyaAllah, awal tahun depan, aku hadiahkan untuk ayah. Semoga murah rezeki ayah nanti.

Semoga Tuhan panjangkan umur ayah dan beri ayah kesihatan yang baik supaya aku berpeluang untuk balas semua jasa ayah pada aku dan adik-adik. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...