Sunday, March 10, 2013

Wireless security

Line Unify kat umah ni selalu sangat orang luar 'tumpang' atau 'curi'.

Memang Mamoru ada letak password. Tapi biasalah, setakat password, senang je orang nak disable-kan.

Memula tu aku tak heran sangat orang nak 'tumpang' connection unify ni. Yelah, sejak Mamoru keje kat Melaka, dah jarang aku online kat umah. Blogging ni pun thru henfon.. line Digi.

Tapi, bila line unify makin slow sampai effect kat channel favourite Ariff & Amarr (Nick Jr - subscribe dari Unify), hanginnn lah aku beb. Pengsan aku nak memujuk. Derang bukan faham kalau aku cakap connection slow ke haper. Stress ok.

So, start malam semalam, proses membuat wireless security dah bermula (oleh incik Mamoru). Kata Mamoru hanya pc / laptop / henfon yang Mamoru setting je boleh connect dengan Unify umah ni.

Bagus. Bagus. Tak boleh la penchuri-penchuri cyber ni nak dapat free-ride lagi. Sampai disini charity dari kami.. huhu.

Untuk permulaan, Mamoru bagi access kat laptop Amarr, laptop Ariff, laptop Mamoru & laptop adik lelaki no.7. Desktop aku problem jadi nak boleh nak include sekali.. huhuhu.

No comments: