KENGKAWAN

Monday, April 22, 2013

Aku yang kureng pakai heels sekarang

Lambat hari ni. Kelam kabut bersiap. Nasib baik baju untuk Ariff & Amarr ke BBIM dah siap bergosok. Tapi bila nak keluar rumah, selipar aku pulak takde. Aduiii.. 

Macam mana boleh lupa dedua selipar aku tertinggal dalam keta Mamoru. Nak pakai sport shoes macam tak kena sebab aku pakai long dress. Kalau aku pakai seluar memang konpem aku sarung sport shoes. Cuma kalau pakai baju kurung atau long dress aku prefer selipar jepun. Kalau aku sauk jugak sport shoes dengan baju ni confirm ofismate bagi gelaran fashion disasters pulak. Aritu dah la dapat gelaran fashion terrorists. Haih.

Tekanan betul bila terpaksa pakai heels pegi keje. Susah nak lari. Rasa macam diri terlebih gedik. Jalan terkepit-kepit. Rasa nak penampar muka sendiri pun ada.  Lebih tekanan bila semua pakat nak jadi police fashion. Haih. Tak faham aku dengan orang pompuan ni (hahaha..macamkan aku lelaki pulak)

Matey la blister semua jari kaki.

Balik ni nak singgah puduraya. Cari selipar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...