KENGKAWAN

Tuesday, April 02, 2013

Ariff & Amarr first day at BBIM part 2

Semalam lepas hantar Ariff & Amarr ke BBIM, aku spend masa melepak kat rumah. Saja aku amik cuti semata nak pastikan semua ok masa registration. Berdebar ok sebab kali ni aku hantar dedua sekaligus masuk sekolah.

Agak kejam jugak aku rasa bila tinggalkan Ariff & Amarr merempan sebab nak ikut aku balik. Anak- anak aku memang terlebih manja kalau nampak muka mak bapak dia. Cuba kalau aku or Mamoru takde, elok pulak bawak diri. Drama ok.

Alhamdulillah, Ariff & Amarr survive first day kat sini dengan cemerlang (potong markah 10% sebab nangis pagi tadi). Masa Aku nak fetch derang petang tu, kemain tak hingat dunia lagi main dengan kengkawan. Sampai tanak balik. Hamboiii. Masa aku tarik tangan Ariff ajak balik, dia siap cakap "bye bye friends". Kemain lagi tau. Tak pernah lak aku dengar dia berbabai-babai masa kat GA.

Staff kat BBIM cakap, senang nak ajar Ariff. Banyak benda Ariff dah tahu so, mudah dia nak mengajar. Dia siap cakap Ariff pandai tulis aliff ba taa. Speaking english pun takde problem sebab dari kecik memang aku & Mamoru galakkan dia speaking in english.

Balik dari BBIM, aku bawak Ariff & Amarr pegi gunting rambut. Memula aku macam was-was nak bawak derang gi gunting rambut. Takut aku tak boleh handle sengsorang. Selalu tu, Mamoru ada sekali. Bukan apa, anak-anak aku ni suka buat drama histeria dan airmata. Tapi no choice ler. Rambut Amarr dah panjang sesangat. Rimass aku tengok.

Sampai depan kedai barber, Ariff mula nak buat perangai. Dia tanak masuk. Tapi lepas aku convince kan dia yang dia tak yah gunting rambut, baru dia nak masuk. Itu pun banyak kali dia double confirm dengan aku dia tak perlu gunting rambut. Haih.

Next challenge nak convince kan Amarr pulak. Dia tanak duduk atas kerusi, so aku duduk sambil pangkukan dia. Bila dia start nak cebik-cebik, aku puji- puji dia hensem, good boy, etc.

"Oh wow, Amarr, look at that. Uncle so terer cutting your hair!"

"Look, you look handsome already!"

"U're doing good, Sayang! Almost done, pandai Amarr!"

Dan guess what, Ariff sampai duduk sebelah aku pastu cakap, "Mummy, Ariff nak cut hair"

Hahahaah aha... Yesss!

Lepas settle uncle barber gunting rambut Amarr, aku Suruhanjaya Ariff naik atas kerusi. Tapi dia tanak. Dia nak duduk atas riba aku macam Amarr tadi. Apa-apa je lah, Janji dia willing nak gunting rambut. Siap gelak-gelak lagi tau.

Syukur, semua dipermudahkan hari ni. I'm proud of myself tau. I'm a supermummy! I should get a reward kan Mamoru? Hihihi..

Ariff dan Amarr tidur awal malam ni. That's a good thing. Kalau tak, confirm pukul 3 pagi tak tido lagi. Yelah, sejak Ariff masuk kelas petang kat GA, timing dia tidur memang kelaut. Personally, aku rasa, kelas sesi petang agak tak sesuai untuk student 4 years old. Tengahari atau petang adalah masa untuk Ariff nap. Tu pasal la teacher Ariff kat GA duk cakap Ariff selalu tertidur dalam kelas. Minta tukar kelas pagi, dah penuh pulak. So, tukar sekolah aje lah.

Ok nak packing barang Ariff dan amarr untuk esok. Pastu nak tido. Penat sangat dah ni. Supermummy also need her beauty sleep :)



1 comment:

Mrs weck said...

you are a superstar!! proud of you!! Sekejap je, this kids are gettin bigger.. i love motherhood life.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...