KENGKAWAN

Thursday, April 18, 2013

Cuti-cuti is over.

Baru masuk keje hari ni.

Ikutkan hati nak sambung cuti lagi. Tapi.. haih. Tak baik. Tak baik.

Pagi tadi pukul 5.30 pagi aku dah bangun. Gosok baju keje Mamoru,
siapkan baju sekolah Ariff & Amarr, etc. Lepas berbabai-babai dengan
Mamoru, aku sambung tido balik (macam biasalah, dia pegi keje dari KL
ke Melaka. Lusa baru balik). Penat balik dari Sabah masih terasa
walaupun dah 2 hari sampai KL.

Seronok cuti kali ni. Ariff & Amarr excited dapat naik kapal terbang &
naik boat. Err.. correction, ekceli derang tak lah excited mana pun.
Tengok aeroplane je excited. Bila bawak naik. memasing meragam. Ada je
yang tak kena. Bagi Ipad pun tak jalan. Tapi nasib baik on the way
balik aritu mood derang ok. Cuma mood attendant flight je lah yang tak
ok. Kena kemas seat Ariff & Amarr yang macam kapal karam. Habis semua
mende disepahkannya. Buku menu dan majalah belakang kerusi habis kena
koyak. Haih. Taim nak boat pi island hopping pulak, memasing boleh
pakat tido setiap kali naik boat. Empat kali naik boat, empat kali
jugak derang belasah tido. Syok sangat la tu kena angin laut.

Cuaca kat KK town panas membahang ok. Hitam legam kulit aku yang sedia
gelap ni. Ariff & Amarr pun sama. Dah rupa anak orang India. Nasib
lah.

Masa layan island hopping, Ariff dengan Amarr decorate sand castle
derang dengan pine corn. Ariff kutip penuh satu plastik kecil pine
corn dari pulau Manukan. Honestly, aku dengan Mamoru tak kenal pun
dengan pine corn ni. Ariff yang kenalkan kat kitaorang, boleh?
Hahahaha. Berkat belajar dari tv.

**********************************************************

Dalam flight cabin:

Ariff macam takut dengar bunyi enjin kapal terbang. Dia tarik lengan
aku pastu slow je dia tanya:

Ariff: Mummy, where is that sound coming from?

Sumpah comel ok tengok mata dia masa dia tanya aku soalan ni. Dua kali
dia repeat soalan ni.

Aku: Its the flight engine, sayang. Its coming from outside.
Ariff: Outside? Not up there? (tunjuk kat kompartment atas tempat duduk)
Aku: No, its from outside. At the aeroplane's wing (tunjuk kat luar tingkap)
Ariff: Oooooo..

Lagi dua bulan usia Ariff genap 4 tahun. Nak plan birthday celebration
untuk dia. Theme: Transportation! Since Ariff suka sangat dengan
Train, Aeroplane, Truck, Car, etc.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...