KENGKAWAN

Saturday, April 13, 2013

Jenjalan Sabah

Semalam, hujan sepanjang hari. Trekking dalam hujan. Basah lencun. Start hiking dari Laban Rata pukul 12.30 tengahari. Sampai Timpohon gate pukul 3.25 petang. Wooo.. gila laju kami turun. Aku rasa, kalau tak hujan dan trek tak licin penuh air mengalir, sure kami sampai lagi awal kot.

Tapi hari ni, rasakan... Memasing mengengkang jalan... Huhuhu.

Lepas check out Dvilla Lodge, kami pegi Desa Dairy Farm kat Kundasang. Bawak Ariff dan Amarr rasa pengalaman bagi anak lembu minum susu dan makan rumput. Best tempat ni. Boleh tengok cara derang perah susu lembu, proses susu, etc. Tempat dia pun cun. Ala-ala New Zealand ok!

Pastu gi Mesilau Nature's Park. Rindu gila kat tempat ni. Rindu kat geng Rodong: Pok Yie, Sham Castello, Atan, Ijai, Mail Kobau, Rock Kapak & Kak Mai. Kat sini aku jugak aku jumpa Mamoru & Chua untuk kali pertama. Tak sangka dah 7 tahun aku kenal derang ni semua.

Mesilau tak banyak berubah dari 7 tahun dulu. Meja tempat kami lepak kat cafe mersilau masih kat tempat yang sama. Rindu gila ok! Cuma yang berbeza adalah fees untuk accomodation kat sini. Dulu, satu katil untuk dormitory just belas-belas ringgit je. Sekarang dah ratus-ratus ok :(

Keluar dari Mesilau, kami gi Kundasang Memorial Park. Tempat ni kecil je. Tapi cantik! Ada taman-taman bunga, view lembah gunung, info sejarah, etc.

Now tengah singgah-menyinggah kawasan kraf dan gerai-gerai sepanjang jalan area Kundasang, Nabalu etc. Best sampai lupa kaki sakit huhuhu..

Orite nak teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...