KENGKAWAN

Monday, April 22, 2013

Sabah Day 1 : Otw to Kundasang

Layan cerita bergambar je lah. 


Kami sewa kereta Persona nih untuk 5 hari = RM460. Agak murah jugak lah. Plan asal nak sewa MPV Alza. Tapi, owner MPV tu bagi memacam alasan pulak. Nasib baik Mamoru sentiasa ada back up plan. Dia contact owner Persona ni, dan tak sampai 15 minit tunggu kat airport derang dah hantar kereta :)
Journey bermula dengan bantuan GPS yang Mamoru bawa dari KL.

Sangat enjoy ini budak kecik. Maklumlah, bateri dah charge dalam flight. Sampai sini terus full power. Tak boleh duduk diam. Perjalanan ke Kinabalu Park takdelah jauh mana. Kalau ikut GPS, dalam 2 jam je. Tapi bila dah drive sendiri, semua tempat rasa nak berhenti. Aku bantai membuta bila dah masuk keta. Mamoru cakap jalan ke Kinabalu Park berkabus tebal sampai jalan pun tak nampak.. fuhhh...


Dvilla Logde. Among cheapest accomodation yang boleh dapat kat sini. Tapi yang paling best untuk mereka yang bawa anak kecil. Kawasan rata dan tayah risau derang nak berlari. Kemudahan complete. Restoran pun in house. Antara kemudahan yang ada kat sini:
Personal toilet
Water heater
Wifi
Restoran dalam lodge
Breakfast included
View lembah gunung yang superb
Kawasan rata untuk kekanak bermain (kebanyakan tempat lain kawasan agak curam)
Ada veranda yang comel di depan dan belakang bilik
Parking keta selamat
Friendly staff kat sini
Kettle ada (tapi bayar rm5 satu malam)
Ada mini kedai kat sini
10 minit jalan kaki ke Kinabalu Park (sangat dekat)

View beranda comel dari main bedroom

Ariff yang kepenatan. Serjukk ok kat sini. Malam lagi laaa sejuk. Suhu bawah 20.

Santai kat beranda. 

Pintu depan

Kabus taim petang. Kalau kabus takde, view gunung membiru


Meriah betul bebudak ni dalam keta. 

Amar dengan Ipad mininya

Dinner taim malam. Nak keluar gi restoran serjuk sangat.. tapau masuk bilik jah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...