KENGKAWAN

Tuesday, April 23, 2013

Sabah day 3 : Decending Kinabalu & our frustation

Pukul 3 pagi. Ready untuk sambung climbing ke puncak & via Ferrata Low's Peak Circuit. Semua 10 climbers dari Pendant Hut gerak berasingan dengan guide memasing. Janji nak jumpa kat starting point via Ferrata pukul 7.30 pagi.

Hujan renyai masa kami start trekking. Ekceli, sepanjang malam tu hujan renyai tak berhenti. Haih. Petanda buruk untuk peserta via Ferrata :(

Almost sampai Sayat-Sayat Hut. Cuaca sejuk gila. Tambah pulak dengan hujan.. parkinson sekejap.

Sampai sini, daftar nama dan teruskan pendakian.

Hujan makin kasar kat sini. Tangan aku sampai kebas sebab tak pakai glove. Mamoru & Aisya terpaksa tolong pakaikan glove kat tangan aku sebab tangan aku dah freeze. Tak rasa apa. Kebas.

Hujan & kabus kat puncak Kinabalu. Sedih. Tak ada view langsung. 

Tempat kejadian. Kat sini aku maki group Korean. Aku tak penah sangka orang Korea yang selalu nampak lembut dan sopan kat tv sebenarnya in reality derang tak ada manners.

Imagine, team aku baru berdiri kat sign board puncak Kinabalu dan baru nak ambil gambar, orang Korean nih dah sibuk suruh kami ketepi dengan kasarnya. Aku sempat snap 2 gambar je ok.  Pastu bila aku bagi laluan kat derang bergambar, aku duduk kat bawah signboard tu. Sorang mamat Korea tu boleh tunjal kepala aku suruh ketepi. Hellooooo, ko tak boleh ke tap bahu aku nicely or ask politely. Gila kurang ajar.

Aku terus berdiri menghadap group Korean tu (belakang aku dlm gambar atas). Aku maki semuanya dalam english. Jangan ingat ko tourist, aku kena sembah ko datang melawat Malaysia ni. Hawau. Tataw la derang paham ke tak apa yang aku cakap.

Aku ingat aku sorang je yang perasan dengan perangai kurang ajar derang ni. Guide kat situ pun cakap mender yang sama. So, kesimpulannya, toksah la nak bangga-bangga tiru derang buat gwiyomi, k-pop, gangnam segala jadah yang ntahapehaper tu. Harap depan kamera je comel, belakang perangai macam harammm.
Kesian Aisya. Dah la tak dapat nak bergedik kat puncak. Aku pulak, mood dah spoil dengan Korean takde manners.



Satu lagi gambar kat puncak dari Kamera Aisya

Tambah spoil mood, bila kami punya via Ferrata Low's Peak Circuit terpaksa dibatalkan sebab hujan tak berhenti. Trek licin dan bahaya sebab ada air terjun dan sungai instant yang deras tetiba wujud kat puncak Kinabalu.

F.R.U.S.T

Seiyes frust! Tapi pasrah je lah. Gila apa nak teruskan xtvt bertali dalam cuaca macam tu. Take it in a positive way lah. Maybe ada hikmahnya tak dapat buat via Ferrata. Who knows, kalau kami teruskan juga maybe ada insiden yang tak diingini jadi, kan? Haih. Burn RM600 untuk via Ferrata ni (without refund tau). 


See, masa kami naik ke puncak dari sayat-sayat takde pun sungai deras ni. Banyak gila sungai & air terjun yang muncul kat puncak ni taim hujan lebat.

Aisya & air terjun kat puncak Kinabalu
Out Kinabalu Tag

Dalam Sayat-sayat Hut. Minum kopi sambil tunggu hujan berhenti dengan harapan, kalau berhenti at least kami boleh buat route ferrata yang pendek (Walk the Torq). Tapi nan hado berhentinya.. Haih..

Pose muka ceria walau dalam hati frust gila

Otw turun dari Sayat-sayat Hut. Trek licin dan agak bahaya. Lucky tak teruskan via Ferrata

Sampai Pendant Hut, kami rehat sekejap. Pukul 12.30 tengahari kami check-out dan gerak turun. Hujan still renyai dan kengkadang lebat sepanjang jalan turun. Layankan jerr...

Basah kuyup.. tapi hujan-hujan pun laju jugak kami berlari turun. Tak sampai 3 jam dah sampai Timpohon Gate

Alhamdullilah, tak ada perkara tak diingini jadi walau trek turun licin dan penuh laluan air

Kami dengan guide yang sangat sporting. Siap nyanyi lagu Jimmy Palikat sesama sepanjang jalan.. hahahahha

Babai  Kinabalu.. tak tahu lah bila nak climb sini lagi.

Next year aku dah plan nak conquer Murud kat Sarawak pulak (satu-satunya list gunung dalam G5 yang aku belum tawan)



2 comments:

Siti Balqis said...

Kuang ajaq giler korean tu..haih geram plak..apa2 pn congrats ye ad n fazi!

Siti Balqis said...

Bravo aD!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...