KENGKAWAN

Monday, April 08, 2013

Wiken pun busy

Penuh betul xtvt wiken kali ni. Eh bukan selalu pun memang camnih ke? Huhuhu.

Jarang gila wiken aku spend dengan duduk goyang kaki kat umah.

Sabtu kelmarin, aku ada job Makeupfreak. Pastu, straight balik Melaka sebab ayah duk tipun tanya bila nak balik. Tak sampai hati nak cakap tidak. So, malam sabtu tu jugak aku gerak ke Melaka.

Sampai rumah ayah dekat tengah malam. Aku tengok ada 2 guni jagung kat depan pintu. Ayah suruh bawak balik KL. Alahai ayah, dia nak sangat anak-anak dia makan jagung yang dia tanam.

Semoga ayah sihat selalu dan panjang umur. Amin.

Malam tu borak dengan ayah sampai mengantuk. Sempat gak lah teman ayah gi cek kebun dia (kebun tepi rumah ja). Ayah tunjuk barisan pokok pisang yang dia baru tanam. Risau dia kalau benih pisang tu lunyai dilanyak babi hutan.

Sempat gak lah tengok bunga pokok dragon fruit mekar. Bunga buah naga ni kembang taim tengah malam je tau. Besar gila bunga dia. Cantik!

Ayah cerita pasal pokok durian yang baru berbunga. Berharap betul pokok durian dia berbuah lebat. Nak anak-anak dia rasa hasil tanaman dia :)

Ah, ayah. Rindu sangat kat dia. Semoga ayah sihat selalu dan panjang umur. Amin.

Ps: Adik no.2, senapang paintball ada lebih tak? Ayah nak pakai. Nak tembak tupai.

Pagi Ahad, lepas sarapan dengan ayah & ibu, kami gerak ke Tg Karang. Ada job Makeupfreak kat sana. Pastu gi singgah kampung Mamoru, hantar seguni jagung. Lepak sekejap then balik KL.

There u go, weekend kami.

Penat woo.. tapi takper lah. Janji semua orang hepi :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...