KENGKAWAN

Thursday, May 30, 2013

Bersiaran dari rumah

Hari nih last MC.

Best betul duduk mengangkang kat rumah.. haha.

Takde apa yang nak dikemas arinih. Semua dah setel semalam. Sampai berdenyut-denyut bekas jahitan nih semalam. Nasib baik tak bleeding ke haper.. haha. Aku memang tak boleh duduk diam. Patutnya, lepas operate, kena terus masuk keje. At least duduk menghadap pc sepanjang hari tak lah penat macam duduk kat rumah. kan kan kan?... huhuhuhu.

Jap lagi nak keluar gi salon. I need to do something with my hair untuk kelihatan lebih gojes lagi hihihihihi. Pastu nak gi beli fresh flower. Untuk job Makeupfreak weekend nih :)


Senang nak spot mana satu epal Ariff dan mana satu Amarr punya. Ariff suka gigit keliling epal. Amarr gigit bersepah hihihihi

Wednesday, May 29, 2013

Dah discharged

First time kena operate.

Rasa takut tu tak ada. Maybe sebab dah biasa sangat dengan hospital.. haha. Nak kata berani sangat pun, tidak ler kan.

Tapi kalau aku pegi opt for local anesthetic, kira hebat la tu..hihi. padahal boleh je amik general (tidur terus).

The surgery went well. Doctor dah removed the cyst dan hantar gi lab. Result maybe dapat dalam masa seminggu.

Sakit? Sikit lah. Macam cabut gigi (bak kata doktor). Tanak elaborate lelebih. Kang ada yang takut.

Nurse kat bilik ot sangat best. Pandai comfort kan aku yang menggigil-gigil tahan nervous cum serjukkk. Nak suruh tutup aircond tak boleh sebab doktor cakap, suhu sejuk better untuk healing wounds. Oooooo.. no wonder la masa bersalin dulu pun suhu bilik sejuk gila babas.

Doktor Siva pun best. Tersenyum je muka dia. Hensem orangnya. Sambil operate, dia ajak aku sembang. Aku tak banyak cakap. Yang keluar dari mulut aku just.. 'Ooo'.. 'ok'.. 'ya'.. 'k'..'tak'... Hahahaha... Gila nerbes.

Tak lama pun amik masa operate. Dalam sejam kut. Kecik je kesan jahitan kat bawak ketiak nih. Kata doktor, scar dia pun takkan perasan sangat. Yang best, tayah sesusah nak cuci luka or buka jahitan coz benang tu akan dissolve sendiri.

Lepas operate, nurse cuci badan aku dari kesan darah dan biarkan aku atas katil bedah. Aku suka. Sebab aku tak aku sanggup bangun on the sport lepas operate. Seriau.

Bila aku dah ready nak bangun, nurse tanya sama ada aku nak dia tolak katil masuk bilik atau nak naik wheelchair. Ekceli kalau suruh berjalan pun aku mampu lagi huhu. So, naik wheelchair je lah pergi bilik aku.

Masuk je bilik, nurse tanya pulak nak makan apa, nak minum apa. Wah.. special service. Aku mintak sandwich dengan teh ja. Lapau gila kena puasa (pui.. puasa taim tido malam ja kot hahaha).

Lepas makan, pegi buat breast ultrasound pulak. Segan pulak bila orang tengok aku still pakai operation dress. Nasib baik still pakai bra dengan panties. Kalau tak, bolos angin keluar masuk.

Result ultrasound: Normal. Pheww.. legaa.

Pukul 2 lebih, aku dah discharged. Yahuuu...

Doc suruh rest kat rumah tapi aku pegi rest kat GSC Midvalley.. layan Fast & Furious 6.. muahahaha..

Cemerlang kan?

I'll be on MC till Thursday. Double yahuuu...

P/S: Terima kasih bebanyak kat semua yang concern. Sayang jugak korang kat aku eh..hihi. Buat yang tinggal komen kat sini, kat fb, kat email, sms, whatapps, call dan yang datang melawat, korang memang the bestest. Sayangg korang jugak... xoxo

Tuesday, May 28, 2013

Waiting..

Surgery schedule at 9.00am this morning. Few more minutes.

Berdebar? No, belum lagi. Dalam OT nanti kut. Tanak fikir.

Dapat single room. Lucky. So aku tak payah tengok ke-ngerian keadaan sekeliling.. haha.

Dapat 2 wrist tag. Red one for allergy.

Now tengah layan movie pasal cancer survival.. dekat wad cancer.. how odd.

Haih.

Standard Chartered Fun Run & PCP

Layan gambar je lah.. semalam dah intro.. hahaha..

Nama pun fun run.. jadi kena lah FUN..

Terlebih FUN namanya ni.. orang lari, dia melompat-lompak pulakkk

Cantik view putrajaya ni..

Lari ayam ada, lari anak ada, lari gedik ada (weols la tu)

Minum siap duduk-duduk lagi kat water station 

Ini dah jadi macam port wajib untuk bergambar

Finishing line

Habis run terus gerak gi breakfast

Makan taim.. tambah balik lelemak yang dah terbakar tadi.. hihihihihi

Team yang join lari

Kemain besar lagi gelak.. sampai nampak gigi yang besar-besar itteww

Kat PCP.. rehat jap kat kids room.. aircondgggg

The kids yang dihantar oleh uncle Ujay ke sini.. :)

Adam & Arfan

Dalam berhepi, anak tak boleh tinggal oke.. 

Climbers cilik

Amarr yang snap gambau ni


Monday, May 27, 2013

Penatnyaa..

Jumaat dan Sabtu adalah hari kerahan tenaga yang maksima. Penat telampau sampai klimaks nya tertidur kat tol sungai buluh sampai subuh Ahad (semalam)..huhu..

Gila punya penat.

Tapi tak sedar diri lagi. Terjaga subuh Ahad tu terus drive balik rumah, mandi, bersiap pastu pegi Putrajaya join Standard Chartered Fun Run.

Habis marathon, pegi sarapan kat Taman Warisan.

Pastu pegi buat wall climbing kat Putrajaya Challenge Park. Sampai pukul 5 petang memanjat kat situ ok. Penat memanjat, lepak jap. Pastu panjat lagi.. Ramai pulak yang join sama. Apalagi, naik sheikh la memasing.

Malam baru balik rumah.. pastu tak ingat apa dah.. hihi.

Enjoy sampai lupa esok kena check-in kat Hospital Pantai Bangsar - kena undergo surgery untuk buang cyst.. tskk ..

Pagi tadi nurse dari Pantai called. Remind suruh puasa start pukul 8 malam ni. Esok pukul 8 pagi kena menyerah diri.

Hm.

Malas nak fikir sangat pasal surgery ni. Tunggu esok je lah.

Thursday, May 23, 2013

Plan minggu ni?

Esok public holiday.. yeyeh.

Ramai yang request suruh buat trip sempena cuti nih.. akan tetapi..
yours trusly ada job Makeupfreak uols. So, cannot la eh
sayangg-sayanggg sekalian.

Worry not, coz yours truly will be available on Sunday. Cuma pagi tu
ada marathon Standard Chartered kat Putarjaya. So, tengahari tu kalau
nak lajak pegi climbing kat PCP, moh ler. Tapau lunch bawak pi sana
oke.

Wednesday, May 22, 2013

Camping kat Sg Pauh Cameron Highland

Nih xtvt nak cepat.. huhuhu. Ekceli, aku ada job Makeupfreak kat Tapah. So, lajak kan ke Cameron. Dah alang-alang kan. 

Plan nak ber-BBQ kat kemsait sungai Pauh pastu buat daypack naik gunung Irau esoknya. Tapi Ariff demam panas dari KL lagi. Aku decide nak stay kemsait je dengan adik lelaki no.8. Tak sedap hati nak tinggalkan Ariff yang tengah demam kat kemsait. Walaupun adik lelaki no.8 tu medical student. Aku tetttaapppp tak sanggup nak tinggalkan Ariff. Even untuk trip daypack.

So, tinggal lah aku dengan adik no.8 jaga kemsait. Yang lelain gi memanjat gunung Irau.

Turn up, Ariff sembuh dari demam tengahari tu. Alhamdullilah. Bila tengok anak dah sembuh di bawah jagaan sendiri, rasa puas hati sangat. Jauh lebih puas dari perasaan bila dapat conquer memana puncak gunung :)


Team aku asal camping makanan memang tanak kalah.

Aku bajet, bila aku tak bawak Ipad, bebudak nih akan hepi menghayati alam sekeliling. Sekalik adik no.6 pegi bawak Ipad dia pulak.. hohohoho... abis semua duk berkerumun menghadap Ipad. Bebudak jaman sekarang.. apa pun tak boley..

Port camping kitaorang atas bukit.. Dapat lah tengok view keseluruhan kemsait

Team memasak, memanggang. Macam-macam ada malam tu: Stimbot, Kamben panggang, Jagung bakaq, Keledek rebuih, Stawberi cicah madu.. peh.

Stimbot in the making :)

Deco pun tanak kalah kan...

Proses santap menyantap

Abang-abang taff

Aisya dengan keledek rebusnya

Deco tu wajibbbbbbb

Budak demam dalam kheman main Ipad

Amarr yang dah tewas

Adam (kembar sejam Amarr) tpun tewas dengan mummynya

Mamoru tidoq bawah fly sebelah khemah kami. Ekceli muat ja two-men-tent tu kalau sumbat kami berempat tapi sebab Ariff demam kan. Mamoru tanak kacau bebudak ni tidur. 

View khemah bebudak UITM depan kemsait kitaorg

Ariff sangat selesa tidur beralaskan sleeping bag dan selimut dari rumah :)

Celik mata pegang Ipad.. haih

Kembar sejam. Nasib baik la bateri Ipad kaput pagi tu. Kalau tak sure sampai balik tanak berenggang dengan mender alah tu kan...

Pagi di kemsait sungai Pauh

Lepak, makan, main Ipad.. hishhhh.. terbantut usaha aku nak bawak bebudak kecik nih explore kemsait

View khemah dan fly kemsait kitaorg

Berguna kelambu ni untuk elak serangga dan habuk / daun/ ranting kecil yang jatuh

Budak comot. Baru nak bagi perhatian bila bateri Ipad dah kaputtt

Comot jugakk Adam ni.. 

Amarr, Ariff & Adam

View kemsait kami dari sisi lain

View taim petang bila semua student UITM dan balik hihihihi.. luas kan kemsait ni

Bosan takde keje bila the kids tido petang. Layan je lah gambar syok sendiri sambil tunggu team xpdc balik ke kemsait

View pokok yang syantek

Apesal gambar ni sesat kat bawah.. ah, lantak ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...