KENGKAWAN

Friday, May 17, 2013

Balut hadiah for Teachers Day

Penat.

Seriyes penat.

Penat membalut hadiah satu hal. Yang menjadi dua hal bila terpaksa meng-explain kat Ariff berulang kali yang itu bukan present dia.

Sampai merajuk-rajuk Ariff dengan aku. Padahal, bukan dia tak tau apa mender yang aku bungkus tadi. Dia jugak yang duk tolong aku gunting kertas pembalut dan pelekat. Haih.

"This is my present.
No! I don't want to give my present to teacher.
This is mine. All mine!"


Katanya.

Gasak lah. Camne aku nak suruh dia kasi hadiah ni kat staff BBIM?? Tak pasal drama air mata pulak nanti. Haih.

Dah stop membebel.

Nak sambung adun kentang dengan daging ayam pulak. Aku buat simple home made nugget, egg sandwich dan bawa buah-buahan ja untuk pot luck BBIM esok.

Plan nak masak red velvet cupcakes terpaksa dikanselkan atas sebab aku tak larat nak berjaga tunggu depan oven. Badan still tak sihat lagi...tskkk.. Plus tak sempat nak beli cream cheese siang tadi :(

Striking gila kan kaler wrappping paper kat bawah ni? Dah itu je choice yang ada. Taker masa nak keluar cari yang cechantek. Kira aci lah ek. Pakai wrapping cecantik pun konpem kena koyak jugak kan.. Reben pun main lekat je bulu-bulu ala bunga manggar.. seriyes tak sempat.. hahaha..

Lantak situ kan. Yang penting, hadiah kat dalam tu :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...