KENGKAWAN

Wednesday, May 29, 2013

Dah discharged

First time kena operate.

Rasa takut tu tak ada. Maybe sebab dah biasa sangat dengan hospital.. haha. Nak kata berani sangat pun, tidak ler kan.

Tapi kalau aku pegi opt for local anesthetic, kira hebat la tu..hihi. padahal boleh je amik general (tidur terus).

The surgery went well. Doctor dah removed the cyst dan hantar gi lab. Result maybe dapat dalam masa seminggu.

Sakit? Sikit lah. Macam cabut gigi (bak kata doktor). Tanak elaborate lelebih. Kang ada yang takut.

Nurse kat bilik ot sangat best. Pandai comfort kan aku yang menggigil-gigil tahan nervous cum serjukkk. Nak suruh tutup aircond tak boleh sebab doktor cakap, suhu sejuk better untuk healing wounds. Oooooo.. no wonder la masa bersalin dulu pun suhu bilik sejuk gila babas.

Doktor Siva pun best. Tersenyum je muka dia. Hensem orangnya. Sambil operate, dia ajak aku sembang. Aku tak banyak cakap. Yang keluar dari mulut aku just.. 'Ooo'.. 'ok'.. 'ya'.. 'k'..'tak'... Hahahaha... Gila nerbes.

Tak lama pun amik masa operate. Dalam sejam kut. Kecik je kesan jahitan kat bawak ketiak nih. Kata doktor, scar dia pun takkan perasan sangat. Yang best, tayah sesusah nak cuci luka or buka jahitan coz benang tu akan dissolve sendiri.

Lepas operate, nurse cuci badan aku dari kesan darah dan biarkan aku atas katil bedah. Aku suka. Sebab aku tak aku sanggup bangun on the sport lepas operate. Seriau.

Bila aku dah ready nak bangun, nurse tanya sama ada aku nak dia tolak katil masuk bilik atau nak naik wheelchair. Ekceli kalau suruh berjalan pun aku mampu lagi huhu. So, naik wheelchair je lah pergi bilik aku.

Masuk je bilik, nurse tanya pulak nak makan apa, nak minum apa. Wah.. special service. Aku mintak sandwich dengan teh ja. Lapau gila kena puasa (pui.. puasa taim tido malam ja kot hahaha).

Lepas makan, pegi buat breast ultrasound pulak. Segan pulak bila orang tengok aku still pakai operation dress. Nasib baik still pakai bra dengan panties. Kalau tak, bolos angin keluar masuk.

Result ultrasound: Normal. Pheww.. legaa.

Pukul 2 lebih, aku dah discharged. Yahuuu...

Doc suruh rest kat rumah tapi aku pegi rest kat GSC Midvalley.. layan Fast & Furious 6.. muahahaha..

Cemerlang kan?

I'll be on MC till Thursday. Double yahuuu...

P/S: Terima kasih bebanyak kat semua yang concern. Sayang jugak korang kat aku eh..hihi. Buat yang tinggal komen kat sini, kat fb, kat email, sms, whatapps, call dan yang datang melawat, korang memang the bestest. Sayangg korang jugak... xoxo

2 comments:

Biqque said...

glad to hear that the operation went well. take care ok :)

aD said...

tenkiu biqque *hug-hug*..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...