KENGKAWAN

Thursday, May 09, 2013

Jom ke luar pintu - outdoor

Bersemangat bangun subuh-subuh nak puasa hari ni.. sekali bulan merah
pulak. Haih.

Terus beli sandwich sampai dua box.. hihi

Bz hamats minggu nih. Dengan keje, dengan outdoor plan, dengan job
makeupfreak. Ok, lied a bit. Job makeupfreak untuk bulan ni ada satu
dua je kot. Lately memang aku kurang ambil job ni. Yang aku reject pun
ada hihi.. Macam best pulak bila free setiap weekend. Boleh spend masa
buat xtvt hiking yang aku suka. Lelebih lagi bila dah ada geng
sekepala. Laju je lah kaki aku ke hutan.. huhuhu.

Minggu ni ada Deuter Trail Fun Run. Tak training pun.. *naseb lah*..
Last aku excercise masa naik Tabur 1 Mei aritu. Pastu stamina ke
lauttttt.. Lantak ler. Kata fun run kan.. confirm aku lari sambil
pegang kamera :)

Next weekend (17 & 18 May) aku nak buat daypack ke Gunung Irau kat
Cameron. Naik hiking pepagi ke puncak Gunung Irau dan turun semula ke
Tanah Rata sebelah petangnya. Tak tidur kat puncak pun sebab nak buat
BBQ kambeng dan stimbot kat kemsait Sungai Pauh je. Trip pun santai.
Kalau ada geng blogger yang teringin nak merasa naik gunung, moh ler
join sama. Beginner pun boleh naik gunung ni. Senang jahh. Dan view
sepanjang trek ada lah terbaik.. lord of the ring gituuu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...