KENGKAWAN

Thursday, May 02, 2013

Muka bengkak-bengkak

Satu muka penuh dengan bekas gigitan agas. Ada lebih 20 bekas gigitan! Berbintat-bintat muka aku ni hah. Gatal toksah cakap lah. Rimas. Rimas ok.

Haih. Padan muka aku. Asal cuti, nak ke hutan je kekdahnya. Cuti sehari pun nak jugakkkk heret kaki masuk hutan. Rasakan..

Google cari ubat untuk hilangkan kesan gigitan agas (atau nama lainnya 'sand fly'). Cik Google suruh cari garam antimoni. Pebender pulak garam antimoni nih?? Search pasal garam antimoni, nan hado yang spesifik. 

Tak tahan gatal punya pasal, aku amik garam masak kat dapur, pastu lumur satu muka macam pakai 'mask'. Makkk oiiiii pedih ok. Sangattt. Cuma yang bestnya, hilang lah kesan gatal tu sekejap. Tapi sekejap je lah. Pastu gatal balik... huwaaaaaaa...

Pagi ni nak pegi klinik jumpa dokter. Gatallll gila. Tak boleh tahan!!!



1 comment:

Cicada2nd said...

hahahaha... pakai lagi 1 suit hitam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...