KENGKAWAN

Monday, May 27, 2013

Penatnyaa..

Jumaat dan Sabtu adalah hari kerahan tenaga yang maksima. Penat telampau sampai klimaks nya tertidur kat tol sungai buluh sampai subuh Ahad (semalam)..huhu..

Gila punya penat.

Tapi tak sedar diri lagi. Terjaga subuh Ahad tu terus drive balik rumah, mandi, bersiap pastu pegi Putrajaya join Standard Chartered Fun Run.

Habis marathon, pegi sarapan kat Taman Warisan.

Pastu pegi buat wall climbing kat Putrajaya Challenge Park. Sampai pukul 5 petang memanjat kat situ ok. Penat memanjat, lepak jap. Pastu panjat lagi.. Ramai pulak yang join sama. Apalagi, naik sheikh la memasing.

Malam baru balik rumah.. pastu tak ingat apa dah.. hihi.

Enjoy sampai lupa esok kena check-in kat Hospital Pantai Bangsar - kena undergo surgery untuk buang cyst.. tskk ..

Pagi tadi nurse dari Pantai called. Remind suruh puasa start pukul 8 malam ni. Esok pukul 8 pagi kena menyerah diri.

Hm.

Malas nak fikir sangat pasal surgery ni. Tunggu esok je lah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...