KENGKAWAN

Wednesday, May 15, 2013

Starlight

MC lagi hari ni.

Ikutkan hati ni, nak je aku pegi ofis. Keje aku kat ofis berlambak. Tak ada orang cover pulak tu. Senior colleague yang selalu relieve aku taim aku cuti pegi buat umrah. Haih. Sure backlog berlambak.

Tapi kalau aku masuk keje dalam condition yang still tak berapa nak ok ni pun tak boleh jugak. Keje aku menghadap pc ja sehari suntuk. Kang kalau jadi macam hari senin aritu, buat hal je.

Sambung MC adalah jalan terbaik. Biar sihat betul. Lantak lah backlog berlambak ke haper. TAT ke laut ke haper..

Selasa aritu aku gi Hospital Pantai kat Bangsar. Buat check up dan set appointment untuk minor surgery.

Tak penting pun. Just nak buang small cyst kat armpit. Kalau tak silap dah dekat 10 tahun cyst tu ada kat situ. Haha.. gila lama kan. Tak sakit dan cyst tu pun tak membesar, dan tak nampak pun. Kena tekan dengan jari baru boleh rasa. So, aku buat tak reti je lah kan, boleh?

That's until I told Mamoru about it. Dia pulak terlebih risau. Dia suruh buang. Better safe than sorry katanya. He's right. Insyallah, 28hb ni aku menyerah diri untuk di-operate kat Pantai Bangsar.

Masa jumpa surgeon aritu, banyak kali dia tanya, betul ke umur aku 33 tahun? Haha.. nak cakap aku nampak muda la tu... Yes, doctor, in fact I'm 34 this year.

Doctor tu tanya kalau aku pernah buat breast checkup.

Formal checkup tak penah lah. Selalu cek sendirian berhad ja. Bogel depan cermin dan cek.

Dia tanya kalau aku benarkan dia exam breast aku (dengan bantuan nurse - note: doctor bedah ni lelaki oke. Hensem lak tu.. opss).

Aku tanya dia nak buat mammogram ke? Aku dah terbayang tetek kena himpit dengan besi. God, no! Why la we woman have to go this painful and awful test?

Doctor tu tergelak.

Dia cakap aku terlalu muda untuk buat mammogram. Dia just nak perform breast check ja.

Bila tengok aku hesitate, dia ingat aku segan kut. Well, of course aku segan nak bagi orang lelaki yang aku tak kenal tengok dan pegang breast aku. But that's not the issue. He's a doctor kot. Cuma yang buat aku terdiam tu, the purpose of doing it : To check for any sign of cancer?

Dia suggest aku buat breast scan / ultrasound. Aku angguk je lah. Tapi Bukan buat taim tu. Dia suggest buat masa operation date. Fine.

P/s: Ekceli, I can have this operation anytime sooner. But, no. I have a gunung to climb this week. I don't want to feel hopeless terlantar hina kena rehat atas katil for few days.

P/p/s: InsyaAllah, everything is going to be ok :)

1 comment:

Biqque said...

i had lump in my right breast, tapi dah buang zaman remaja dulu. besar jugak la, sebesar duit 50sen. my sis ada dulu kat armpit, tapi hilang. the good thing about benda ni, kalo tak sakit n bergerak. if sakit n tak bergerak, that might be sign of cancer.

so it is best for you to do thorough checkup, bukan apa, just nak tau that everything is ok kan :) then silalah bergumbira. hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...