Friday, May 03, 2013

Still gatal lagi

Dulu, cikgu selalu tanya kenapa budak perempuan kalau ke tandas mesti
ajak kengkawan.

Dulu aku tak amik port bila cikgu duk bebel-bebel pasal ni. Sebab aku
bukan dalam kategori pegi toilet berteman. Aku tak gemar ada orang
tunggu depan pintu toilet taim aku 'membuang hajat'. Tatau lah orang
lain camner, tapi aku serius tak selesa.

Bebudak pempuan zaman aku dulu, kalau masuk toilet, bukan setakat
sanggup tunggu member dia berak kat dalam tu. Malah dengan selesa
pulak yang tengah 'meneran' tu berborak-borak dengan member kat luar
pintu. Haishhhh. Tak faham.. tak faham. Aku selagi boleh tanak orang
tau aku ada kat dalam tengah meneran. Malu tau. Kalau boleh tanak
hasilkan apa-apa 'bunyi' langsung.. hihihi.

Bab berlama-lama dalam toilet pun aku tak boleh terima. Ok, aku pun
pempuan. Setakat nak betul-betulkan rambut/tudung/baju tu takde hal
lah. Nih yang sampai duduk goyang kaki atas sink sambil gossip-gossip
ringan pastu sanggup lak hirup udara orang lain yang keluar masuk
toilet.. iskkkkk..

Itu dulu. Zaman bebudak sekolah. Zaman bebudak katakan...

Tapi bebaru ni mender ni jadi kat aku. Tanpa aku sedari (cewahh)

Gini ceritanya:

Aritu colleagues aku ajak keluar sesama masa nak balik. Masa keluar
tu, aku cakap nak pi toilet sat. Aku suruh dia turun lif dulu. Tapi
dia cakap, takper, dia nak tunggu. Aku bajet dia nak tunggu kat luar
tapi dia masuk sekali dalam toilet. Tapi duduk kat depan sink je lah.
Fine. Aku pun masuk, tutup pintu. Tengah 'buang hajat' colleagues aku
tu tetiba ajak berborak. Wohhhhhhh.. terus terbantut rasa nak
'melabur'.

Haih.

Satu lagi yang aku pelik, taim nak balik keje. Sanggup ni memember
ofis tunggu nak balik sesama padahal setakat nak berjalan sesama
keluar ofis > masuk lif > pastu babai-babai kat entrance luar (itu
jer??).

Kelakar ada, comel pun ada bila tengok bebudak pempuan kat ofis ni.
Aku kalau taim balik, memang menonong je lah keluar. Tak pandang
belakang dah.

**************************************

Semalam aku siap pi amik injection sebab tak tahan gatal kena gigit
agas. Dah macam beruk je duk tergaru-garu. Insaf sekejap.

Tapi hampeh. Tak berkesan langsung. Penat je menahan kebas kat lengan
sekerat hari sebab injection. Ntah apa ubat yang dokter kasi aku pun
tatau. Harap rasa mengantuk je. Gatal tak hilang jugak.
Hari ni dah kurang sikit bintat-bintat. Tapi gatal stillllll ada.
Insaf sekejap nak masuk hutan lagi.

Sekejap je lah.

Huhu.

2 comments:

Eliss said...

hahaha. kelakar. teringat jugak zaman sekolah memang ada jenis mcm tu. saya pun x selesa nak gi membuang ajak kawan teman :p hahaha

tapi skang nak balik keja ajak kawan sekali balik sebab segan balik awal sorang2.hahahahahaha

aisyakamal said...

ad, try g klinik nathan kat bangsar tu..seryes elok..doc kasi inject pastu setel..aisya kalu bab gatai2 alergic/ kulit ni mmg refer klinik nathan jek..