KENGKAWAN

Friday, June 28, 2013

Plan untuk weekend ni

Standard Chartered marathon Ahad ni kena postponed ke bulan September (sebab jerebu).

Haih.

Kena cari backup plan untuk hari Ahad. Memember yang lain ajak gi panjat bukit Tabur East. Aduyai.. Macam dah selalu sangat gi sana.

Aku teringin nak gi Nuang. Tapi Mamoru cakap Nuang tough sangat untuk geng lain. Trek balak je dah makan masa sejam lebih.  Alaa.. kalau camtu, tak yah naik sampai puncak la. Lepak kat Lolo pun dah ok, ye tak? Aku bukan nak kejar sangat puncak Nuang tu. Dah tujuh kali kut aku sampai atas tu (nak jugakk mention.. hihi).

Esok pagi ada sessi perjumpaan parents dengan teachers BBIM.

Tengahari pulak nak gi recce trek kat Bukit Kelawar area Kuala Selangor. Actually, trek asal memang dah ada. Cuma nak set kompas untuk group yang akan overnight kat puncak bukit Kelawar minggu depan. Plus nak plan few games for them.

That's it for this weekend. Naik gunung Nuang tu tak sure. Most likely kena ikut majority choice ke bukit Tabur. Tak kisah la.

Iklan:
Pagi ni hampir separuh, diulang, SEPARUH staff dalam department ni pandang aku pelik.  Siap tanya "you ok tak hari ni?".. Semuanya sebab aku pakai high heels dalam ofis.

Wohoo.. pelik sangat ke bila fashion terrorist macam aku pakai heels?

Nana: "Mana pegi kasut hiking hang?"

Farid: "Ni betul tak ni?"

Aku rasa aku pernah kot pakai heels dalam ofis, derang dah kenapa? Macam first time derang tengok tomboy dress up pakai heels. Cuma bezanya kat sini, aku bukan tomboy. Pondan pun bukan oke.

Teringat hari tu Chua bahan aku sebab pakai heels masa keluar tengok movie dengan dia. Siap tulis dalam blog dia kot (cicada2nd.blogspot.com). Bengang je. Takpe.. takpe..

Thursday, June 27, 2013

Jari Amarr tersepit pintu

Dapat call dari pengetua sekolah Ariff & Amarr dalam pukul 6.45pm. Jari Amarr tersepit pintu, katanya. Baru sekejap kena.

Seingat aku pintu kat BBIM semua jenis slide. Aduyai.. seriau sekejap

Taim pengetua tu call aku, double A dah otw balik rumah. Adik aku yang fetch derang semalam. Aku pulak kat pasaraya Hero. Tengah shopping barang basah. Bergegas aku balik.

Kat rumah, aku buka plaster yang balut ibu jari Amarr. Nasib baik adik aku yang belajar medic ada kat rumah. Dia tengah cuti semester. Dia yang tolong cek kan. Takde tulang jari yang patah. Cuma kuku dia dah mati. Dah terangkat pun kuku tu. Bawah kuku biru penuh darah.

Masa bersiap nak gi klinik cuci luka, pengetua tu sampai kat depan pintu rumah. Terharu pulak bila tengok dia cemas dan risau dengan keadaan Amarr. Banyak kali dia minta maaf.

Rasa bersalah pulak bila tetamu datang, tapi aku tak sempat nak hidang air bagai. Tengah kalut. Lelebih lagi bila tengok darah start mengalir dari jari Amarr.

Balik dari klinik, pengetua tu call lagi. Risau betul dia. Teacher yang lain pun duk SMS tanya khabar.

Aku tak salahkan sesiapa. Aku bukan parents yang suka melenting dan sesikit nak saman or report. I'm a very rational & tolerate person.

Mender nak jadi. Kalau Tuhan dah kata jadi, kat memana pun boleh jadi. Lagipun pengetua sekolah sendiri call, datang, explain, apologize dan express concern. It's good enough. Actually, she doesn't have to go to that extent. Sampai tetiba tersembul depan rumah aku without informing her visit. Terkujat aku terima tetamu dalam keadaan macam tu tau. Making me feels bad as tuan rumah.

Anyway, luka Amarr pun  minor je. Kuku boleh tumbuh semula. Hopefully semua lebih berhati-hari lepas ni. :)

Wednesday, June 26, 2013

Apa kena dengan aku hari ni.

Distracted.

Fikiran kelautt.

Habis effect keje semua.

Haih.

Focus aD.. focus!

Lupakan dia (tetiba)..

Hahaha.. *gelak tak ikhlas*


Wordless

Watch ""Good Riddance (Time Of Your Life)" - Green Day, Olympiahalle | '21st Century Breakdown Tour' (2009)" on YouTube

Tuesday, June 25, 2013

Morning

Oh.. dah tengahari ke?

Ahkak tak perasan. Draf entry ni dari pagi. Meeting punya pasal terus tergendala nak publish. Habis meeting je dah tengahari..huhu.

Abaikan gambar cover kat atas blog ni. Konon nak edit malam tadi. Tapi ahkak tertido depan laptop. Kelautt la hasilnya.

Anw, nak gi cari kedai yang boleh fix tali gelang? Or ada sesiapa yang pandai buatkan? Boleh tolong? Tolong berbayar la oke :)

Gelang favorite aku ni. Takde sesiapa kasi pun. Aku beli sendiri. Beli masa tahun 2006 dulu (yang kecik tu. Yang besar sikit kat sebelah tu aku baru beli tahun ni).  Tatau lah batu apa..hihi. Murah je pun. Tak sampai seploh ringgit harga dia. Tapi sentimental value memang tinggi. Gelang peneman setiap trip gunung yang aku pergi :)

Haih. Mana ya nak hantar baiki?

Monday, June 24, 2013

Jerebu kat KL hari ni

Teruk sangat jerebu hari ni. Dari pagi sampai petang takder perubahan langsung. Berkabus macam kena spray asap untuk cegah nyamuk aedes.

Stok face mask sangat limited. Kat farmasi sold out. Mydin pun habis. Nak cari untuk kekanak lagi payah. Lucky I know this place kat petaling street yang ada jual cute mask for kids. Comel.

Dan.. jumpa novel ni juga. Dah lama cari. Member cakap best. So beli. Tambah koleksi.

Hihi.. jerebu pun sakan berjalan shopping :)

Jerebu kat Melaka

Aku tak pernah amik port sangat kalau orang bercerita pasal jerebu. Sebab kat kl memang selalu nau jerebu.. huhu.

Tapi bila tengok sendiri keadaan kat melaka. Seriyes aku terkejut ok. Rumah ayah yang jauh dari town (almost ke Port Dicson) pun dah teruk. Macam kabus taim pagi kat Cameron. Tapi yang ni lagi tebal. Ladang jagung ayah, ladang sawit semua hilang dalam jerebu.

Sangat teruk sampai berdiri depan pintu rumah pun mata boleh rasa pedih. Seriyes.

Pagi ni kat KL jerebu lagi teruk dari hari Jumaat lepas. Tak nampak apa dah dari luar tingkap ofis.

Haih. Mana nak cari face mask version kecik untuk double A eh?

Ops, nk cerita pasal majlis tunang adik tiri aku sebenarnya, tapi risau pasal jerebu punya pasal, terus lari topik.

Friday, June 21, 2013

Adik - ahkak camwhore

Camwhore sambil dengar Tolha discuss pasal projek me-ragging peserta program belia kat Kuala Selangor.

Dah lama tak jadi fasilitator. Bawak belia masuk hutan. I like!

Wednesday, June 19, 2013

Takde ayer

Bosan betul dengan management apartment ni. Ntah apa kena bekalan air takde semalam. Notis pun takde.

Minggu lepas pun mender yang sama juga jadi. Takde air taim orang nak pegi keje. Rasa nak je terjun swimming pool sesubuh buta. Tapi serjukkk.. Aku kalau mandi swimming pool pun tettapp nak bilas dengan air paip. Geli ah.

Aritu jari aku terbenam kena blade tajam. Seluk poket beg tak perasan mata blade tajam tak bertutup menghadap atas. Memang cari nahas la kan. Terbelah dua kuku. Darah non stop. Gi klinik, kena injek kancing gigi... Uuuuu cakit.

Lucky yang kena tu aku. Kalau double A yang kena? Mau aku blame diri sendiri sampai bebila. Cuai.

Minggu ni busy lagi. Adik tiri aku nak bertunang. Berkampung kat Melaka la weekend ni.

Next week pulak ada Standard Chartered marathon. Pastu Salomon marathon untuk closing xtvt sebelum start puasa :)

Selamat menyambut bulan Ramadhan, in case aku tak sempat wish kat sini.. hihi.. hakak busy uols.

Err.. btw tantek tak hakak pose dengan t-shirt running baru Adidas : Go Run ni.. hihi.. 

Tuesday, June 18, 2013

Morning

Byk entry tak berupload. Haih. Gambar birthday celebration Ariff, etc.

Mood menulis tak mai lagi.. hihi..

Layan gambar gedik dengan jam baru je lah.. hihi.

Bulat mata colleague aku bila tengok aku pakai jam besau ni.. memang lekat lah sampai bebila gelaran fashion terrorists kat aku.. huhu..

Ada aku kesah?

Friday, June 14, 2013

Suunto Vector Limited Edition

Mamoru bought me this..  hihihi.

Quite big for my wrist compare to my current Suunto M2. Tapi, lantak.. I don't care. Nak pakai jugak.. huhu.

Suuntor Vector limited edition ni ada 3 kaler: purple, pink & white. Additional to existing Vector color: yellow, dark green & black :)

Tuesday, June 11, 2013

Tukar line provider

Im changing my phone service provider. Yes, again.

Previously Celcom.
Current Digi
Now changing it back to Celcom.

Pulang ke pangkal jalan.

Maxis or lain-lain tak try pun sebab for sure tak dapat roaming kat area ofis Mamoru. Syian dia bayar line Digi almost a year tapi tak boleh guna masa kat tempat keje. Dah la hampir semua masa dia spend kat situ.

Oh.. updating blog maybe take times sikit untuk sehari dua ni. Hapdet guna phone kan...

Unless, aku sanggup berebut laptop and iPad dengan Ariff & Amarr.. huhu.

P/S: No aku still sama okay.

Thursday, June 06, 2013

Ariff 4 years old today!!


Ariff genap 4 tahun hari ini!!

Happy Birthday sayang.. mummy, daddy & adik Amarr love you so much! 

Mummy doakan semoga Ariff sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.

Tuesday, June 04, 2013

Ariff

Lusa, usia Ariff genap 4 tahun :)

**************************

Ariff: Mummy look, its a heart (tunjuk gambar heart (love) kat baju aku)

Aku: Oh yes. But do you know where is Mummy's heart?

Ariff: Where?

Aku: It's in here (pointing my finger at his chest)

He smile my sweetest smile and then hug me.

Tak tahu lah dia faham atau tak apa yang aku cakap tadi. Tapi seriously, I'm touched bila dia peluk macam tu.

He's an angel. My angel.

***************************

Aku: Jangan lompat, nanti jatuh!

Amarr: Amarr nak jump.

Ariff: Amarr watch me jump!

Aku: Noooo! (jadi tarzan sekejap)

***************************

Aku: It's dark. Mummy can't see. Bagi mummy torchlight.

Ariff: Torchlight? No, its flashlight.

Aku: err.. not torchlight?

Ariff: It's flashlight.

Aku: Oh, my english!

***************************

Aku: It's going to rain. Hurry, mummy don't have umbrella.

Ariff: Cover your head mummy. Like this ( tutup kepala dia dengan tangan)

Aku: Oh, like that? Okay.

Then he sang the rain song

~rain rain go away. come again another day~

:)

Brainy Bunch Islamic Montessori vs Genius Aulad

Semalam belek fb dari laptop. Terperasan ada inbox message dari Deqna. Seriyes dah lama kot mesej tu. Awal tahun aritu dia hantar. Hahaha hampunn Deqna. Iols tak perasan. Jarang gila bukak private mesej kat fb sebab selalunya banyak mender junk kat dalam tu.. huhuhu

Deqna suruh update tentang Brainy Bunch & Genius Aulad :)

Since anak-anak aku pernah masuk dedua tempat nih, boleh lah aku buat comparison sesikit. Untuk rujukan parents yang berminat hantar nak-anak derang  ke dua-dua tempat ni.

Ok here goes :)

1. Registration / Kos Pendaftaran

Genius Aulad
RM270 Admin Fee
RM418 Material Fee
RM198 (tak ingat fee apa)
RM166 Buku (ada 24 buku untuk diguna dari 4 - 6 tahun)
RM38 Uniform (sepasang)
Total kos pendaftaran adalah RM1,128 untuk seorang pelajar

Brainiy Bunch
RM1,060 Pendaftaran
RM200 Little Scientist
RM50 Uniform (sepasang)
Total kos pendaftaran adalah RM1,310 untuk seorang pelajar

2. Monthly Fees & Learning hours

Genius Aulad
Kat sini ada 2 sesi kelas.
Sesi pagi : 8.30am - 11.30am
Sesi petang : 1.30pm - 4.30pm (setiap Jumaat kelas tamat awal pukul 4.00pm)
RM268 sebulan untuk setiap sesi (per student)

Brainy Bunch
Kat sini pulak ada 3 sesi: Regular, Star & Full Day
RM290 Regular session : 8.00am -12.00pm
RM480 Star session : 8.00am - 3.00pm
RM580 Full day session : 8.00am - 6.30pm (after 7.00pm, charge per hour RM10 per student)
Refer sini untuk BBIM fees: http://islamicmontessori.com/bbimwp/wp-content/uploads/2011/11/Fees-Schedule-2013-KajangSemenyihSerembanP.MahkotaB.Tasik-PermaisuriPuchong.pdf

3. Others Fee

Genius Aulad:
Sports Day
Field Trip
Year End Concert/Graduation
Not sure how much they charge sebab my kids tak stay sampai hujung tahun kat sini

Brainy Bunch:
RM100 Sports Day (yearly)
Field Trip
Solat Camp
Year End Concert/Graduation
Etc
Kos yang lain tak sure lagi. Tp, honestly, memana tempat pun sure ada kos extra ni :)

4. Kids Meals

Genius Aulad
Snack Time (1x). Serve simple snack /biscuits

Brainy Bunch
Depends on sesi yang dipilih. Untuk full day, BBIM serve Breakfast, Lunch, Tea time snacks. Bab makan memang tak risau kat sini.

5. Makanan dari luar:

GA strict bab bawa makanan ke kelas. Let say kalau nak buat majlis harijadi, GA akan keluarkan list of foods yang dilarang bawa (e.g, foods yang renyah, foods yang menyebakan allergy, etc). Personally aku rasa sangat bagus rules ni. Yelah, some kids (macam anak aku, Amarr) ada certain foods yang dia tak boleh makan.

BBIM setakat ni aku tengok belum ada rules camni. Sebab masa Ariff & Amarr dapat party pack birthday salah seorang kids kat situ, aku notice ada makanan yang mengandungi peanut. Masa Teachers Day aritu pun, aku perasan ada parents yang bawa sedulang brownies yang ada kacang. Haih. Harap, tak lama lagi BBIM impose rules tentang makanan yang tak boleh dibawa masuk esp yang boleh menyebabkan allegy.

6. Unifom

Uniform untuk pre school rasanya semua hampir sama kot. Cuma BBIM ada 2 jenis uniform. Satu formal, satu sports attire. My kids prefer pakai sports attire ja tetiap hari. Selesa. Senang keje aku. Tak payah sesusah nak gosok uniform derang.

7. Extra xtvt

Kat GA so far takde extra xtvt. Maybe sebab time constrain. Sessi kelas kat GA 4 jam ja.
BBIM pulak ada memcm xtra xtvt: taekwando, music, ballet, swimming. Ariff & Amarr belajar taekwando setiap hari Selasa :)

8. Playschool

GA bukan play school. Tapi ada juga play area. The kids boleh main sebelum masuk kelas.
BBIM pulak jenis play school. Sesuai dengan fitrah kekanak yang lebih suka bermain. Tapi kat sini toys jenis educational toys :)

9. Shower

GA n/a. Tak perlu pun sebab kelas sekejap ja.
BBIM kalau student full day, mandi 2x sehari. First, mandi tengahari. Second mandi petang sebelum balik.

10. Solat
Dedua sekolah ni berkonsepkan Islamik. Jadi dedua tempat ni ada ajar tentang solat. GA ada buat lawatan ke masjid dan ajar solat. Tapi aku suka BBIM lagi. Sebab hehari praktikkan solat. Masuk je sekolah, semua student ambil wudhu dan solat Dhuha berjemaah. Setiap kali masuk waktu, semua student diajar solat berjemaah. Kata staff BBIM, antara matlamat derang adalah nak pastikan semua student boleh solat sendiri bila mula bersekolah nanti.

11. Umur minimum
GA hanya accept umur 4 tahun ke atas. BBIM pula accept 3 tahun ke atas.

12. Sistem Pembelajaran.
GA amalkan konsep sekolah biasa. Asingkan student ikut usia. Dan belajar dalam kelas. Guru dipanggil Teacher. Memula tu aku suka kelas camni. Tapi bila fikir balik, aku rasa tak sesuai untuk Ariff. Sebab perkembangan kekanak adalah berbeza. Yelah, bebudak ni kalau ikut tahun memanglah nampak 4 tahun. Tapi ada yang lahir Hujung tahun. Kalau ikut tarikh lahir, rata-rata semua 3 tahun lebih. Bila dikumpulkan ikut umur camtu, aku rasa agak lambat untuk student berkembang.

BBIM pula amal konsep Montessori. Student dibahagi dalam group kecil dan dalam group tu student 4, 5, & 6 tahun bercampur. Memula tu aku skeptical juga dengan sistem ni. Tapi, bila tengok Ariff jadi lebih pandai berkawan dan pandai bawa diri, aku rasa impress. Kat sini guru dipanggil Auntie/ Uncle. Lebih mesra dan takdelah formal sangat.

13. Alat tulis dan buku

Aku tak tahu lah parents yang lain camner. Tapi untuk aku yang fulltime bekerja ni, part nak sediakan beg sekolah the kids setiap hari, make sure semua alatulis, buku, baju sekolah, air minum, baju spare, etc, adalah satu tambahan keje yang memenatkan. Lebih haru bila Teacher provide homework (untuk 4 years old student?!).. oh, nak pingsan. Kalau anak korang pandai jaga barang, dengar kata, ok la kot. Ariff setiap kali balik sekolah, semua alatulis lesap. Haih. Ada satu hari tu Ariff bawa balik hasil mewarna yang diwarnakan dengan pensil 2B sahaja. Bila tanya, dia cakap no colour pencils. Gone. Sedih. Teacher dia tak concern ke tengok student mewarna guna pensil biasa? Kecik hati aku.

BBIM pula adalah penyelamat. Kat sini, aku tak perlu bersusah payah beli alatulis or buku. Semua disediakan. Aku cuma perlu sediakan baju untuk sebelah petang dan towel mandi sahaja. Simple kan.

14. Bahasa pengantar

GA more to Malay. BBIM guna English.

Ok that's it yang aku boleh fikir setakat ni. Kalau ada lagi aku hapdet.

Basically, dedua sekolah pun best. Ada pro dan cons. Mana ada tempat perfect 100% kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...