KENGKAWAN

Tuesday, June 04, 2013

Brainy Bunch Islamic Montessori vs Genius Aulad

Semalam belek fb dari laptop. Terperasan ada inbox message dari Deqna. Seriyes dah lama kot mesej tu. Awal tahun aritu dia hantar. Hahaha hampunn Deqna. Iols tak perasan. Jarang gila bukak private mesej kat fb sebab selalunya banyak mender junk kat dalam tu.. huhuhu

Deqna suruh update tentang Brainy Bunch & Genius Aulad :)

Since anak-anak aku pernah masuk dedua tempat nih, boleh lah aku buat comparison sesikit. Untuk rujukan parents yang berminat hantar nak-anak derang  ke dua-dua tempat ni.

Ok here goes :)

1. Registration / Kos Pendaftaran

Genius Aulad
RM270 Admin Fee
RM418 Material Fee
RM198 (tak ingat fee apa)
RM166 Buku (ada 24 buku untuk diguna dari 4 - 6 tahun)
RM38 Uniform (sepasang)
Total kos pendaftaran adalah RM1,128 untuk seorang pelajar

Brainiy Bunch
RM1,060 Pendaftaran
RM200 Little Scientist
RM50 Uniform (sepasang)
Total kos pendaftaran adalah RM1,310 untuk seorang pelajar

2. Monthly Fees & Learning hours

Genius Aulad
Kat sini ada 2 sesi kelas.
Sesi pagi : 8.30am - 11.30am
Sesi petang : 1.30pm - 4.30pm (setiap Jumaat kelas tamat awal pukul 4.00pm)
RM268 sebulan untuk setiap sesi (per student)

Brainy Bunch
Kat sini pulak ada 3 sesi: Regular, Star & Full Day
RM290 Regular session : 8.00am -12.00pm
RM480 Star session : 8.00am - 3.00pm
RM580 Full day session : 8.00am - 6.30pm (after 7.00pm, charge per hour RM10 per student)
Refer sini untuk BBIM fees: http://islamicmontessori.com/bbimwp/wp-content/uploads/2011/11/Fees-Schedule-2013-KajangSemenyihSerembanP.MahkotaB.Tasik-PermaisuriPuchong.pdf

3. Others Fee

Genius Aulad:
Sports Day
Field Trip
Year End Concert/Graduation
Not sure how much they charge sebab my kids tak stay sampai hujung tahun kat sini

Brainy Bunch:
RM100 Sports Day (yearly)
Field Trip
Solat Camp
Year End Concert/Graduation
Etc
Kos yang lain tak sure lagi. Tp, honestly, memana tempat pun sure ada kos extra ni :)

4. Kids Meals

Genius Aulad
Snack Time (1x). Serve simple snack /biscuits

Brainy Bunch
Depends on sesi yang dipilih. Untuk full day, BBIM serve Breakfast, Lunch, Tea time snacks. Bab makan memang tak risau kat sini.

5. Makanan dari luar:

GA strict bab bawa makanan ke kelas. Let say kalau nak buat majlis harijadi, GA akan keluarkan list of foods yang dilarang bawa (e.g, foods yang renyah, foods yang menyebakan allergy, etc). Personally aku rasa sangat bagus rules ni. Yelah, some kids (macam anak aku, Amarr) ada certain foods yang dia tak boleh makan.

BBIM setakat ni aku tengok belum ada rules camni. Sebab masa Ariff & Amarr dapat party pack birthday salah seorang kids kat situ, aku notice ada makanan yang mengandungi peanut. Masa Teachers Day aritu pun, aku perasan ada parents yang bawa sedulang brownies yang ada kacang. Haih. Harap, tak lama lagi BBIM impose rules tentang makanan yang tak boleh dibawa masuk esp yang boleh menyebabkan allegy.

6. Unifom

Uniform untuk pre school rasanya semua hampir sama kot. Cuma BBIM ada 2 jenis uniform. Satu formal, satu sports attire. My kids prefer pakai sports attire ja tetiap hari. Selesa. Senang keje aku. Tak payah sesusah nak gosok uniform derang.

7. Extra xtvt

Kat GA so far takde extra xtvt. Maybe sebab time constrain. Sessi kelas kat GA 4 jam ja.
BBIM pulak ada memcm xtra xtvt: taekwando, music, ballet, swimming. Ariff & Amarr belajar taekwando setiap hari Selasa :)

8. Playschool

GA bukan play school. Tapi ada juga play area. The kids boleh main sebelum masuk kelas.
BBIM pulak jenis play school. Sesuai dengan fitrah kekanak yang lebih suka bermain. Tapi kat sini toys jenis educational toys :)

9. Shower

GA n/a. Tak perlu pun sebab kelas sekejap ja.
BBIM kalau student full day, mandi 2x sehari. First, mandi tengahari. Second mandi petang sebelum balik.

10. Solat
Dedua sekolah ni berkonsepkan Islamik. Jadi dedua tempat ni ada ajar tentang solat. GA ada buat lawatan ke masjid dan ajar solat. Tapi aku suka BBIM lagi. Sebab hehari praktikkan solat. Masuk je sekolah, semua student ambil wudhu dan solat Dhuha berjemaah. Setiap kali masuk waktu, semua student diajar solat berjemaah. Kata staff BBIM, antara matlamat derang adalah nak pastikan semua student boleh solat sendiri bila mula bersekolah nanti.

11. Umur minimum
GA hanya accept umur 4 tahun ke atas. BBIM pula accept 3 tahun ke atas.

12. Sistem Pembelajaran.
GA amalkan konsep sekolah biasa. Asingkan student ikut usia. Dan belajar dalam kelas. Guru dipanggil Teacher. Memula tu aku suka kelas camni. Tapi bila fikir balik, aku rasa tak sesuai untuk Ariff. Sebab perkembangan kekanak adalah berbeza. Yelah, bebudak ni kalau ikut tahun memanglah nampak 4 tahun. Tapi ada yang lahir Hujung tahun. Kalau ikut tarikh lahir, rata-rata semua 3 tahun lebih. Bila dikumpulkan ikut umur camtu, aku rasa agak lambat untuk student berkembang.

BBIM pula amal konsep Montessori. Student dibahagi dalam group kecil dan dalam group tu student 4, 5, & 6 tahun bercampur. Memula tu aku skeptical juga dengan sistem ni. Tapi, bila tengok Ariff jadi lebih pandai berkawan dan pandai bawa diri, aku rasa impress. Kat sini guru dipanggil Auntie/ Uncle. Lebih mesra dan takdelah formal sangat.

13. Alat tulis dan buku

Aku tak tahu lah parents yang lain camner. Tapi untuk aku yang fulltime bekerja ni, part nak sediakan beg sekolah the kids setiap hari, make sure semua alatulis, buku, baju sekolah, air minum, baju spare, etc, adalah satu tambahan keje yang memenatkan. Lebih haru bila Teacher provide homework (untuk 4 years old student?!).. oh, nak pingsan. Kalau anak korang pandai jaga barang, dengar kata, ok la kot. Ariff setiap kali balik sekolah, semua alatulis lesap. Haih. Ada satu hari tu Ariff bawa balik hasil mewarna yang diwarnakan dengan pensil 2B sahaja. Bila tanya, dia cakap no colour pencils. Gone. Sedih. Teacher dia tak concern ke tengok student mewarna guna pensil biasa? Kecik hati aku.

BBIM pula adalah penyelamat. Kat sini, aku tak perlu bersusah payah beli alatulis or buku. Semua disediakan. Aku cuma perlu sediakan baju untuk sebelah petang dan towel mandi sahaja. Simple kan.

14. Bahasa pengantar

GA more to Malay. BBIM guna English.

Ok that's it yang aku boleh fikir setakat ni. Kalau ada lagi aku hapdet.

Basically, dedua sekolah pun best. Ada pro dan cons. Mana ada tempat perfect 100% kan.

9 comments:

Hafidz Nasruddin said...

BBIM terima mulai dari 18 bulan, anak saya dah dua bulan kat sana, memang nampak perubahan banding playschool lama dia

Anonymous said...

Tq aD, very informative. Betul tu, dua2 English medium, yuran pun setara dgn servis. Kurikulum macam mana baik pun, terpulang kpd cikgu yg melaksanakan dasar.
Genius Aulad ada kelebihan sikit - utk parents yg suka anak2 masuk tv :D

Anonymous said...

Kalau nak anak cpt pandai baca..yg mana better?

Anonymous said...

Anak saya dua dua belajar di GA. Kakak dah graduate last year adik dia masuk kelas 5 yrs this year. Kenapa GA...pdhal BBIM kat sebelah dia je. Pasal saya nak install kt anak anak cara brsekolah darjah 1 nanti. Classroom method. Lain lah klau plan nak masuk int'l school. So far sngat impressed ngn GA..anak anak cepat membaca, belajar surah surah, and pandai bersosial. Tpi..up to u all lah wat u want fpr the kids.

Anonymous said...

Pada pandangan saya..

Mana-mana sekolah ada kelebihan masing2..dan ia mengikut cawangan juga.Walaupun asas pembelajaran sama.

Pengalaman saya sendiri, anak2 saya bersekolah di GA. Buat masa ni, saya berpuas hati dengan GA.

Anak2 boleh hafal doa dan surah2 pendek di awal umur 4-5tahun. Alhamdulillah umur 6tahun dah lancar semua bacaan dalam solat. Bahasa pengantar yang digunakan bahasa Inggeris.

Satu yang saya suka di GA. Pembelajaran mengikut murid. Parents sendiri boleh menyemak tahap bacaan anak2.

Apa2 pun terpulang pada parents untuk memilih yang terbaik utk anak :)

ed said...

terima kasih, puan atas maklumat2 b'guna.saya staying in kajang.smlm dah survey GA baru di TTDI Grove, kjg.next week nk survey Brainy Bunch Saujana Impian pulak

Mom said...

Ada satu play school baru, Albaghdadi playtime centre lebih kurang GA n BBIM. Tp derang de teknik sendiri mneghafal ada masuk tv alhijrah ari tu. Katanya pelajaran lebih 50% alquran n the rest akademik. Anak sy lum leh masuk sbb baru 2 thn tp minat sebab derang offer pre tahfiz n akademik

Mom said...

Ada satu play school baru, Albaghdadi playtime centre lebih kurang GA n BBIM. Tp derang de teknik sendiri mneghafal ada masuk tv alhijrah ari tu. Katanya pelajaran lebih 50% alquran n the rest akademik. Anak sy lum leh masuk sbb baru 2 thn tp minat sebab derang offer pre tahfiz n akademik

Azam Shahidan said...

Plan nak htr anak Little Caliphs. Ok tak sistem dia,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...