KENGKAWAN

Thursday, June 27, 2013

Jari Amarr tersepit pintu

Dapat call dari pengetua sekolah Ariff & Amarr dalam pukul 6.45pm. Jari Amarr tersepit pintu, katanya. Baru sekejap kena.

Seingat aku pintu kat BBIM semua jenis slide. Aduyai.. seriau sekejap

Taim pengetua tu call aku, double A dah otw balik rumah. Adik aku yang fetch derang semalam. Aku pulak kat pasaraya Hero. Tengah shopping barang basah. Bergegas aku balik.

Kat rumah, aku buka plaster yang balut ibu jari Amarr. Nasib baik adik aku yang belajar medic ada kat rumah. Dia tengah cuti semester. Dia yang tolong cek kan. Takde tulang jari yang patah. Cuma kuku dia dah mati. Dah terangkat pun kuku tu. Bawah kuku biru penuh darah.

Masa bersiap nak gi klinik cuci luka, pengetua tu sampai kat depan pintu rumah. Terharu pulak bila tengok dia cemas dan risau dengan keadaan Amarr. Banyak kali dia minta maaf.

Rasa bersalah pulak bila tetamu datang, tapi aku tak sempat nak hidang air bagai. Tengah kalut. Lelebih lagi bila tengok darah start mengalir dari jari Amarr.

Balik dari klinik, pengetua tu call lagi. Risau betul dia. Teacher yang lain pun duk SMS tanya khabar.

Aku tak salahkan sesiapa. Aku bukan parents yang suka melenting dan sesikit nak saman or report. I'm a very rational & tolerate person.

Mender nak jadi. Kalau Tuhan dah kata jadi, kat memana pun boleh jadi. Lagipun pengetua sekolah sendiri call, datang, explain, apologize dan express concern. It's good enough. Actually, she doesn't have to go to that extent. Sampai tetiba tersembul depan rumah aku without informing her visit. Terkujat aku terima tetamu dalam keadaan macam tu tau. Making me feels bad as tuan rumah.

Anyway, luka Amarr pun  minor je. Kuku boleh tumbuh semula. Hopefully semua lebih berhati-hari lepas ni. :)

1 comment:

Atia Adina said...

alahai siannya ammar ... mesti sakit sangat ,asa kene tu kan ... moga cepat baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...