Monday, June 24, 2013

Jerebu kat Melaka

Aku tak pernah amik port sangat kalau orang bercerita pasal jerebu. Sebab kat kl memang selalu nau jerebu.. huhu.

Tapi bila tengok sendiri keadaan kat melaka. Seriyes aku terkejut ok. Rumah ayah yang jauh dari town (almost ke Port Dicson) pun dah teruk. Macam kabus taim pagi kat Cameron. Tapi yang ni lagi tebal. Ladang jagung ayah, ladang sawit semua hilang dalam jerebu.

Sangat teruk sampai berdiri depan pintu rumah pun mata boleh rasa pedih. Seriyes.

Pagi ni kat KL jerebu lagi teruk dari hari Jumaat lepas. Tak nampak apa dah dari luar tingkap ofis.

Haih. Mana nak cari face mask version kecik untuk double A eh?

Ops, nk cerita pasal majlis tunang adik tiri aku sebenarnya, tapi risau pasal jerebu punya pasal, terus lari topik.

No comments: