KENGKAWAN

Tuesday, July 30, 2013

Pengantin Popular 1994


Best malay film ever.. barisan pelakon yang mantoppp.. Ogy & Erma Fatima masa memuda dulu.. layan beb..

Jom habiskan masa layan movie ni sambil potong bawang untuk lauk berbuka nanti.. hihihihi

Monday, July 29, 2013

MC 2 hari

Sudden pain.  Left abdomen. Doc refer ke hospital. Merayu gak lah tanak kena tahan dalam wad. Kalau aku admitted,  siapa nak jaga Ariff & Amarr?

Berair mata menahan sakit. Tapi kontrolllll beb. Tanak masuk wad punya pasal.

Sekerat hari aku spent kat Pantai Medical Centre Bangsar. Buat ECG, X-tray, Heart screening.  Alhamdullilah, jantung normal. Cuma tu lah.. aku punya ribs swollen. Kata doc, maybe sehari sebelum tu dada aku terhentak. Atau kena pukul. Atau aku angkat mender berat.

Baru teringat Jumaat lepas aku alih susun atur perabut dalam bilik aku & bilik tengah. Almari baju dalam bilik memang berat gila. Maybe sebab tu kot.

Last year pun nyaris kena admitted sebab aku pegi alihkan dining table yang maha berat sengsorang. Camne boleh lupa.

Haih. Tetiba rasa down sebab tak boleh buat keje berat. Tapi tak sempat nak down sangat sebab Mamoru sound, almari & dining table tu memang berat nak mamps. Mamoru pun tak sanggup nak angkat. Dia tetkejut aku boleh alihkan menda tu semua.

Pasnih no more angkat barang berat kata Mamoru. Tapi depends la. Tak janji. Dah duduk sengsorang nak tanak kena  buat sendiri.. sob.. sob..

Melayan Amarr merajuk

Uols, abaikan kalau terperasan satu gambar ahkak yang tak semenggah kat blog ni. Bukan ahkak yang upoad oke. Ahkak sekarang dah ada assistant cilik yang akan update FB atau blog ahkak e.g.,  upload gambar, video, status, whatapps, etc dalam bahasa yang sukar difahami.

Tak ingat bila gambar seksi ahkak pakai singlet dan boxer tengah menonggeng baikkkk punya di ambil oleh  paparazi cilik. Tskkk.. Rasanya dah few days jugaklah gambar tu terpublished dalam blog ni. Haih.

Ekceli tu gambar akak tengah memujuk Amarr yang menangis pastu menyorok masuk dalam khemah toys dia.

Bawah ni gambau situasi sebanar yang berlaku.

Ahkak dah letak password kat henfon ni. Hopefully takde lagi gambar seksi ahkak terlepas ke fb atau blog ni... huhuhu.

Friday, July 26, 2013

Weight 36kg and dropping

Berbuka dengan kengkawan kat area Kemensah malam tadi. Best sebab aku makan banyakkk. Seriously, need to put on weight. 

Berat aku bawah BMI start dari tahun 2008 (lepas kawen) sampai sekarang. Lowest at 35kg. Kalau naik pun takkan lebih 40kg. Pastu drop balik.

Normal weight suppose 45kg (berat masa 2006). Tak pernah lagi dapat berat ni. Cuma sekali dulu dapat reach 46kg (tahun 2010). Itupun berat naik sebab ada baby dalam perut..huhuhuhu. Baby keluar je, tak sampai seminggu berat aku jadi bawah 40kg semula.

Badan kurus memang best. Fefeeling macam model underwear bila posing depan cermin dengan flat belly. Pastu bila pakai apa je saiz XS rasa cantik terletak kat badan.

Tapi bila berat makin kurang, saix XS rasa besar, sampai rasa nak suruh kedai baju create saiz double tripple XS, ini adalah tak normal lagi. 

Badan kurus buat semua aset mengkurus jugak. I love small breast. "Small and humble" bak kata Shakira. Senang nak manage dan sangat coorporative bila aku lasak dalam xtvt outdoor. Tapi kalau makin kurus, tetek makin kecik, apa kes? Huhuhuhu.. Kang konpius Mamoru nak bezakan aku dengan adik-adik lelaki aku.. muahahaha.

Note: Doubt dengan keaslian tetek model kurus kat dalam tv or majalah..hahaha.

Now my mission in life: to get my normal weight at 45kg and maintain it that way. 

Berusaha!

Thursday, July 25, 2013

Sembangtak berilmiah

Last week terserempak dengan Zam kat lrt Plaza Rakyat. Dia baru balik outstation. Aku baru balik keje.Dia cakap:

Aku tengok beg ko (Deuter)
Tengok jam ko (Suunto)
Tengok kasut (Timberland)
Rasa macam dah betul nih ko.
Pastu tengok sweater pulak (Columbia)
Confirm nih mesti ko.
Tu yang aku berani tegur.

Sengal tau dia nih. Macam laa tak pernah jumpa aku sebelum ni. Sampai boleh buat statement lucu camtu.

Obvious sangat eh dressing aku? Dressing camni la yang buat aku dapat gelaran "fashion terrorist"...

Cuma bab sweater je kebetulan aku pakai sebab pagi tu hujan. Selalu tu pakai kemeja. Takpun singlet atau sleeveless (cover dengan coat/blazer)

Kenkadang bila datang sewel, dengan kurung pun aku sauk kasut timberland. Bukan kasut kasual ye.. kasut hiking oke.. huhuhu

Dulu, masa kakak A ada (fashion police) kat dalam dept, rajin gak aku tukar heels bila masuk ofis. Start dia kena transfer tahun lepas, nan hado aku tukar-tukar kasut. Koser. Meeting pun aku masuk pakai kasut hiking...haha. Fashion terrorist sangat kan...

Sampai ada la few kaum LGBT duk peratikan aku. Depa ingat aku sekapal la tuu... But no no no. Ahkak idak la straight macam pembaris (statement berani mati..haha), tapi ahkak adelah sangat devoted dengan soulmate ahkak sekarang. Ko gila. Aritu keluar paper pasal suami bakar diri pasal bini bercinta dengan pompuan. Jangan carik pasal.

Oke dah banyak merepek. Dah azan. Jom solat. Hari ni 16 Ramadan.

Thursday, July 18, 2013

Birthday presents

Masuk je ofis semalam, nampak kotak-kotak hadiah atas meja. Dari ofis mates. Thanks korang. 

Pukul 10 pagi, dapat flower bouquet pulak. Dari Ariff & Amarr. Nama Mamoru takde pulak ditulis atas kad. Rupanya, present dari Mamoru datang berasingan. Delivered by hand oleh Mamoru jauh dari Melaka. Thanks b, sudi drive balik KL malam tadi :)

Thanks to adik-adik yang memeriahkan waktu berbuka malam tadi semata nak celebrate birthday aku.

Thanks semua yang hantar birthday wishes.

I'm touched.

Flower bouquet from Ariff & Amarr, presents from my ofis mates.

This one from Mamoru. Tak sempat wrap katanya. 

Wednesday, July 17, 2013

Kenapa kita kena puasa?

Tengah leka menaip kat pc, sorang colleague (lelaki India) yang duduk depan cubicle aku tegur. Dia tanya aku kenapa orang Islam seksa diri berpuasa dalam bulan Ramadan?

Colleague aku cakap lagi: Kita orang India pun puasa. Ada dua jenis puasa; Yang pertama puasa dari makan makanan berdaging. Just boleh makan vegetarian dan minum air. Yang kedua, puasa tanpa makan minum. Bila berbuka, kita minum susu dan manisan.

Terangkat kening aku dengar soalan dia. Haih. Aku tengah bizi gila buat keje dia boleh tanya soalan camni pulak. Jam taim tu dah dekat pukul 5 petang. Semua orang rushing nak siapkan keje. Bulan puasa ni ofis hour sampai pukul 5 je. Of coz semua nak balik cepat. Aku lebih lagi la. Nak fetch double A dari BBIM lagik. Bulan puasa nih BBIM tutup awal sejam. Memang kena on time.

Aku duduk menghadap dia. Nak explain keluar hadis bagai, aku takde lah expert sampai ke tahap tu (tetiba rasa kerdil - malu dengan diri sendiri).

Aku cakap, orang Islam puasa sebab ia salah satu dari 5 rukun Islam. Berpuasa dalam Islam ni bermakna, menyerah diri kepada Allah (swt). Patuh pada perintah Allah (swt) dan tinggalkan semua larangan-Nya. 

Aku cakap lagi, dengan berpuasa, kita dapat belajar bersabar, bersederhana dan menginsafi diri. 

Puasa orang Islam berbeza. Kita mulakan dengan bersahur dan mula berpuasa start dari waktu subuh sampai matahari terbenam.

Colleague aku: Tapi I kesian lah tengok orang yang puasa dalam bulan Ramadan ni. Mereka macam terseksa tau. Kena tahan lapar dari pagi sampai petang. I pun kalau pagi tak sarapan, tengahari dah tak boleh tahan, mesti kena makan. I kesian tengok orang puasa. Bila petang semua pegi beli makanan banyak-banyak. Kalau kat restoran atau kat pasar Ramadan, mesti banyak betul mereka beli. Macam kelaparan. You tau tak, kalau badan kita tak makan satu hari, lepas tu you masukkan macam-macam kat dalam, nanti macam-macam penyakit datang. So, whats the point of puasa? Sebab itu kita orang India puasa ada kelonggaran. Jadi kita tak jadi kelaparan sampai macam tu.

Oh... tetiba je aku rasa kulit muka ni tebal gila. Macam ni ke kaum lain pandang orang Islam yang berbondong-bondong shopping makanan kat bazar Ramadhan / berbuka kat restoran atau hotel??

Aku rasa nak marah, tapi, he's got a point. Orang Islam kat Malaysia, rata-rata memang camtu. Sanggup perabih taim berbuka. Sekali pegi bazar Ramadhan, konpem almost 50 inggit melayang. Berbuka kat restoran atau hotel apatah lagi kan. Haih.

Aku jawab, puasa dalam Islam mengajar kita bersederhana dalam segala-galanya. Termasuklah sederhana dalam berbuka. kita orang Islam, digalakkan berbuka dengan kurma atau manisan dan air. Tak timbul soal penyakit datang akibat makanberlebihan kalau mereka amalkan berbuka secara sederhana.

Colleague aku: You berbuka apa hari ni? Tak pergi pasar Ramadan?

Aku: Berbuka dengan lauk semalam je. I tak pegi pun pasar Ramadan. Suka masak kat rumah je.


Nota kaki: Nilaikan lah sendiri.



Officially 34 today

17 July 1979 - 17 July 2013

Yeah. Makin menginjak ke angka 40... hahaha. Apa ada pada usia. Yang penting hati muda, badan sihat dan muka pun cas awet muda juge.. hahaha, bajet tanak kalah.

Wish? Semoga orang yang aku sayang semuanya hepi dan bahagia selalu. Eh, bukan sepatutnya wish untuk diri sendiri? Mana-mana lah. Tak kisah.

Birthday jatuh pada 8 Ramadhan. Nan hado celebrate segala. Ada pun ahkak sengsorang ditemani hero-hero kecik. Hadiah pun nan hado juga. Tak penting. Aku belikan double A hadiah ada ler. Beli khemah kecik bentuk circus. Suka bebenor dua beradik tu. Siap nak tidur dalam tu. Ikut kan aje. 

Layan rock kapak on my birthday sambil buat keje ofis di tengah malam buta. Best sangattttt.. *letak dedua tangan kat bahu, mata ke atas*




Note: Syukur alhamdullilah, masih bernyawa hingga ke hari ini.

Monday, July 15, 2013

8 tahun dulu

Dalam 10 orang adik beradik kandung, weols berempat je perempuaan. Gambar tahun 2005. Yang aku peluk tu paling bongsu

Half of adik-adik + adik-adik ipar.

Friday, July 12, 2013

Salomon Marthon Kuala Selangor

Last xtvt sebelum start puasa :)

Pics speak thousand words kan.. so ahkak malas nak letk caption huhuhuhu




















Thursday, July 11, 2013

Tongkang pecah

Bila semua dah bekerjasama, mummy pening kepala.

Ingatkan, bila daddy ada kat rumah, boleh la mummy take turn amik cuti
mengemas umah. Rupanya tidak uols. Daddy dia pun tumpang sekaki. Sabau
je lah.

Berbuka sengsorang

Hari ke 2 Ramadan, lauk berbuka dah siap di masak pukul 5.00 pagi
tadi, voley? Ekceli aku nak masak untuk sahur tapi dah alang-alang tu,
aku sekalikan untuk berbuka. Senang. Tayah nak terkejar-kejar. Balik
keje petang kang, just panaskan lauk dan goreng sayur sikit. Sayur
pun dah siap dipotong. Tinggal nak tumis je.

Semalam gigih siang ikan, ayam, sayur untuk dimasak. Pastu hidang lauk
cecantik atas meja untuk berbuka. Padahal yang nak berbukanya, aku
sorang ja.. huhuhu. Sadis. Takper. Nak buat camner. Mamoru jauh
dimata. Adik lelaki no.7 yang teman aku kat umah balik lambat minggu
ni. So berbuka la sengsorang ditemani Ariff & Amarr yang sakan tabur
satu botol BESAR bedak atas lantai.

Haih.

Dah la kat luar umah jerebu. Dalam rumah pun ikut jerebu sekali. Nasib
baik mummy korang puasa. Tak daya nak jerit tarzan macam selalu. Nak
vacumm tak boleh. Vacuum dah kaputzz (semua mender nak kaputzz kan?)
Nak sapu pun tak boleh. Kang lagi berdebu sau rumah. Kalau masuk dalam
saluran pernafasan double A, tak pepasal je kena asthma. Terpaksa lah
tunggu derang tido baru boleh kemas dan mop lantai.

Nota kaki: Semalam aku TER bebuka awal 5 minit.. hahaha. Konfiden je
jam aku tepat. Pastu tengok view kat luar dah gelap gulita. Tapi still
nan-hado bilal laung azan. Surau kecik kat bawah umah aku ni
kengkadang memang takde orang turun azan. Maybe orang prefer pegi
masjid. Aku pun dengan konfiden jamah kurma dan teguk air. Pastu dah
separuh jalan nasi dalam pinggan baru dengar azan dari surau bawah.
Tercekik nasik sekejap.. huhuhuhu. Kira halal laa tu eh... hahahaha.
Tak sengaja kan :)

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem

First day Ramadan :)

Selamat bepuasa buat family, kengkawan, bloggers & readers.

Sempena bulan yang penuh keberkatan nih uols rerajin lah amalkan
amalan kat bawah nih oke:

Iklhas kan niat kita
Taubat yang murni
Jaga masa dari hal yang sia-sia
Pegi solat tarawikh
Belajar hukum hakam puasa (google pun boleh)
Bersederhana bila berbuka
Biasakan qiamulallail
Baca Quran & tafsir
Zikir dan bersedekah

Sahur tadi sempat lah masak sambal telur dan masak nasi. Simple ja.
Tapi sedap jugak lah makan nasi pepanas taim subuh. Berselera. Takde
la sunyi sangat sahur aku sebab adik no.7 ada temankan.

Lepas sahur, plan nak gantung lampu lip lap kat tingkap rumah. Tapi..
lampu dah kaput pulak. Lampu lama. Beli 4 tahun dulu. Haih, baru nak
suprise double A dengan lampu tu. Takperlah tunggu Mamoru beli yang
lain. Aku pun, yakin dengan tak yakin ja nak pasang lampu tu subuh
tad. Takut tak pepasal terbakar lagi suis utama macam aritu.. huhuhu.

Anw, hari ni nak hantar second batch kad raya pulak. Kad yang ada
muzik pun ada tau.. ahhahaha. Memori sungguh :)

Tuesday, July 09, 2013

Ariff dengan spec daddy

Tak ingat bila Mamoru snap pics ni. Nak share kat sini lah untuk Ariff tengok bila dah pandai godek blog mummy nanti.. hahahaha.

Kengkadang aku suka panggil Ariff dengan panggilan "Baby". Dia tak suka sebenarnya aku panggil camtu. 

Ariff: Mommy! Ariff bukan baby. Ariff abang.. Amarr baby. 

Suka aku menyakat. Marah betul dia. 

Now, ayat Ariff suka guna satu perkataan "ke?" kat belakang. 

Macam ni ke?
Kunci ke?
Makan ke?
Tidur ke?
Apa ke?

Hahahaha.. semua ayat dia letak "ke" kat belakang. Pengaruh kengkawan kat sekolah. Kengkadang tu ayat tak sesuai pun dia bubuh jugak "ke". Lucu sangat.

Dan sekarang juga aku perasan Ariff tak suka pakai boria lagi. Dia tak suka baju / seluar / kasut yang sama dengan Amarr. Kalau Amarr pakai kasut biru, dia akan tukar pakai kasut hitam. Kengkadang dia sound adik dia jangan pakai kasut sama macam dia. 

Haih. Dah besar dah budak tecik nih. Dah ada taste sendiri :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...