KENGKAWAN

Tuesday, July 09, 2013

Ariff dengan spec daddy

Tak ingat bila Mamoru snap pics ni. Nak share kat sini lah untuk Ariff tengok bila dah pandai godek blog mummy nanti.. hahahaha.

Kengkadang aku suka panggil Ariff dengan panggilan "Baby". Dia tak suka sebenarnya aku panggil camtu. 

Ariff: Mommy! Ariff bukan baby. Ariff abang.. Amarr baby. 

Suka aku menyakat. Marah betul dia. 

Now, ayat Ariff suka guna satu perkataan "ke?" kat belakang. 

Macam ni ke?
Kunci ke?
Makan ke?
Tidur ke?
Apa ke?

Hahahaha.. semua ayat dia letak "ke" kat belakang. Pengaruh kengkawan kat sekolah. Kengkadang tu ayat tak sesuai pun dia bubuh jugak "ke". Lucu sangat.

Dan sekarang juga aku perasan Ariff tak suka pakai boria lagi. Dia tak suka baju / seluar / kasut yang sama dengan Amarr. Kalau Amarr pakai kasut biru, dia akan tukar pakai kasut hitam. Kengkadang dia sound adik dia jangan pakai kasut sama macam dia. 

Haih. Dah besar dah budak tecik nih. Dah ada taste sendiri :)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...