KENGKAWAN

Thursday, July 11, 2013

Berbuka sengsorang

Hari ke 2 Ramadan, lauk berbuka dah siap di masak pukul 5.00 pagi
tadi, voley? Ekceli aku nak masak untuk sahur tapi dah alang-alang tu,
aku sekalikan untuk berbuka. Senang. Tayah nak terkejar-kejar. Balik
keje petang kang, just panaskan lauk dan goreng sayur sikit. Sayur
pun dah siap dipotong. Tinggal nak tumis je.

Semalam gigih siang ikan, ayam, sayur untuk dimasak. Pastu hidang lauk
cecantik atas meja untuk berbuka. Padahal yang nak berbukanya, aku
sorang ja.. huhuhu. Sadis. Takper. Nak buat camner. Mamoru jauh
dimata. Adik lelaki no.7 yang teman aku kat umah balik lambat minggu
ni. So berbuka la sengsorang ditemani Ariff & Amarr yang sakan tabur
satu botol BESAR bedak atas lantai.

Haih.

Dah la kat luar umah jerebu. Dalam rumah pun ikut jerebu sekali. Nasib
baik mummy korang puasa. Tak daya nak jerit tarzan macam selalu. Nak
vacumm tak boleh. Vacuum dah kaputzz (semua mender nak kaputzz kan?)
Nak sapu pun tak boleh. Kang lagi berdebu sau rumah. Kalau masuk dalam
saluran pernafasan double A, tak pepasal je kena asthma. Terpaksa lah
tunggu derang tido baru boleh kemas dan mop lantai.

Nota kaki: Semalam aku TER bebuka awal 5 minit.. hahaha. Konfiden je
jam aku tepat. Pastu tengok view kat luar dah gelap gulita. Tapi still
nan-hado bilal laung azan. Surau kecik kat bawah umah aku ni
kengkadang memang takde orang turun azan. Maybe orang prefer pegi
masjid. Aku pun dengan konfiden jamah kurma dan teguk air. Pastu dah
separuh jalan nasi dalam pinggan baru dengar azan dari surau bawah.
Tercekik nasik sekejap.. huhuhuhu. Kira halal laa tu eh... hahahaha.
Tak sengaja kan :)

1 comment:

Cicada2nd said...

ini memang ko. bab bab terkonpinden lebih ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...